Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Tuesday, October 20, 2009

Walimatul Urus Sahabat UKJGS

MAKLUMAN :
Majlis Walimatul Urus Ust Hirman Mukhtar bersama pasangannya

Majlis Kesyukuran sebelah pihak perempuan
Tarikh ; 24 / 1o / 2009 bersamaan 5 Zulkaedah 1430
Tempat : Rantau Panjang, Kelantan
Hari : Sabtu

Akad nikah akan dijalankan pada jam 2ptg di Masjid Cina, Rantau Panjang

Majlis Kesyukuran sebelah pihak lelaki
Tarikh ; 5 / 12 / 09 bersamaan 18 Zulhijjah 1430
Tempat ; Subang
* akan dimaklumkan kemudian melalui email / sms / blog


(berbaju hijau)

Dirgarhayu ke-19 Pemerintahan Nik Aziz

Catatan Sempena 19 Tahun Tok Guru Jadi MB

SYAHADAN bila saya memaklumkan dalam FB bahawa esok 21 Oktober genaplah 19 tahun Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan ramai kawan FB yang mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Tok Guru kerana berjaya mentadbir Kelantan selama 19 tahun dan dalam tempoh itu berjaya pula melepas onak dan duri yang menghalang. Ramai yang berdoa agar Tok Guru sihat dan diberikan kekuatan oleh Allah s.a.w. untuk terus memimpin Kelantan Darul Naim.

Ada juga yang merasa sedih dan sayu kalau tiba-tiba Tok Guru sudah tidak menjadi MB lagi. Dalam pada itu ada juga yang menyata kebimbangan mengenai nasib Pas Kelantan selepas Tok Guru tidak ada lagi. Bagi mereka ini melihat roh dan kekuatan Pas sehingga berjaya memerintah Kelantan masuk penggal ke empat kerana keberkatan dan keromah Tok Guru.

Saya rasa semua orang memahami semua kata-kata ataupun ulasan berkenaan. Ulasan itu adalah mewakili kita secara individu. Tiap orang yang merasa kagum, hormat dan kasih dan menghayati keistimewaan Tok Guru akan merasai perasaan demikian. Bahkan perasaan berbagai-bagai lagi yang tidak terucap. Ini semua menunjukkan sayang dan kasih melimpahnya kepada beliau.

Seolah kita tidak sanggup dan sangat bimbang untuk melihat sesuatu yang buruk berlaku. Begitulah penerimaan umum ke atas seseorang pemimpin yang warak, baik dan tawaduk seperti Tok Guru. Sebab itu bukan saja orang Melayu Kelantan, Melayu luar juga mengasihi Tok Guru. Bukan itu saja orang Cina, India dan bangsa lain juga menyanjunginya. Tidak keterlaluan kalau dinyatakan kesemarakan sokongan umum kepada Pas sedikit sebanyak kerana mereka teruja dan terpesona dengan siasah Tok Guru.

Semua itu kerana kemuliaan Tok Guru. Kerana pendekatan dan kecaknaan kepada rakyat. Kerana pengorbanan dan cara hidupnya yang ringkas dan sangat merendah diri. Lihatlah Tok Guru dalam ketinggian mahkota hidup dan pujian itu beliau tetap juga berlembut, dan kadang kala masih mengakui kesilapan yang dilakukannya. Ada kalanya beliau seperti takut dengan segala pujian yang merupakan ujian Allah ke atasnya.

Justeru bagi orang yang menyanyanginya tidak ada cenderamata lain lagi untuk dihadiahkan kepadanya sebagai menyatakan terima kasih. Kerana budi, jasa yang dilakukan tidak terbalas dan tidak ada nilai untuk membalasnya.

www.mso.blogspo.com

Happy birthday Tuan Guru

credit to Perisik Rakyat for da picture

Tuan Guru menangis keesak-esakkan tatkala membaca surah Al - Waqi'ah di saat mengimami solat Subuh pada bulan Ramadhan yang lepas. Ketika itu, buat pertama kalinya aku menjadi makmum di antara ribuan jemaah yang ada juga tetamu istimewa di Masjid Rusila.

Suara Tuan Guru syahdu memecah kesunyian pagi. Tangisan yang mula diterbitkannya di rakaat pertama dan berkesudahan pada rakaat ke dua benar-benar menginsafkan jiwa. Alunan bacaan yang dituturkan lembut dan mudah dihayati oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Tuan Guru faham benar akan makna disebalik ayat yang dibacakan.

Sungguh tidak tahan di ketika itu. Peritnya hati mau sahaja menitiskan air mata. Batapa qalbuku di saat itu di pukul oleh gegendang keinsafan. Aku takut.

Hari ini melihat wajah Tuan Guru seoalah - olah seakan sama seperti mendengar suara Tuan Guru. Di mana - mana sahaja melihat rautan wajahnya seolah tergambar akan keperitan yang ditanggung olehnya. Ya, keperitan hasil daripada bahana gelombang mehnah dan tribulasi perjuangan yang diceburi sekian lama.

Kepada Tuan Guru, selamat hari lahir ke-62 diucapkan. Biar sukar untuk dikenali, saya berbangga kerana memiliki seorang pemimpin yang hebat di pentas perjuangan yang suci. Hebat menitipkan roh kerohanian dan bersungguh - sungguh tanpa jemu membawa umat ke jalan yang benar demi keredhaanNya.

Betapa payah perjuangan Tuan Guru selama ini, pasti akan ada hikmahnya. ALlah saja yang mampu untuk membalasi.

Happy birthday to Tuan Guru and God bless you and your family. I pray for your safety, good health and for your continued crusade/contribution to enlighten all Malaysians in their desire a truly free Malaysia

WHERE EVER YOU ARE, MY HEART WITH YOU.

www.nikhafizul.blogspot.com

Selamat Ulangtahun ke 62

1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.


Antaranya :-


a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt .

Monday, October 12, 2009

Jemputan Ke Walimatul Urus Fakhzan & Nisa'

Salam
Jemputan ke Majlis Kesyukuran Pernikahan Sdr Fakhzan & Nisa' pada ;

Majlis Pernikahan (sebelah perempuan)
Hari Sabtu, 17 Oktober 09, bersamaan 28 Syawal 1430H, beralamat di ; No 27, Jln Selasih 11, Tmn Kemas , 81200, Johor Bharu. Aturcara majlis : 11.00pg-6.00ptg

Majlis Pernikahan (sebelah lelaki)
Hari Ahad, 29 November 09, bersamaan 12 Zulhijjah 1430H, beralamat di ; L13, Kg Parit Othman, 83500, Parit Sulong, Batu Pahat. Aturcara majlis : 11.00pg-5.00ptg

Sdr Fakhzan Mohamad Jaya (yang berbaju biru muda)

Monday, September 14, 2009

Sekitar Program Tahsin Al-Qur'an UKJGS

Pendaftaran peserta
Majlis Perasmian Program oleh Ust Khatifah, Ahli Majlis MPS. (Ucapan Pengarah Program, Sdr Fadzli Abu Bakar)
Peserta sedang kusyuk melihat video

Tuesday, September 8, 2009

Laporan Tahsinul Quran peringkat DUN Gombak Setia

Tarikh/Hari: 6hb September 2009 / Ahad
Masa: 8.30pagi hingga 3.30petang
Tempat: Surau An-Naim, Flat Fiona, Gombak Setia
Penganjur: UKJ Gombak Setia dgn kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN GS
Peserta: Pelajar sekolah rendah dan menengah

Alhamdulillah program berjalan lancar dengan dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah & menengah sekitar DUN Gombak Setia seramai 40 orang.

Program ini dirasmian oleh Ustazah Khatifah bt. Zamani Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11, merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Gombak dan turut disertai oleh Pengerusi Surau An-Naim, Ust Kamarudin. Program ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu, slot ceramah dan slot LDK. Slot ceramah terbahagi kpd 3 bahagian iaitu Ceramah Tahsinul Makhraj, Tahsinul Tajweed dan Tahsinul Qiraah. Sementara slot LDK dibahagikan kpd 2 bahagian iaitu Praktikal Makhraj & Tajweed dan Praktikal Qiraah.

Peserta dibahagikan kpd 6 kumpulan dgn setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Ada 3 kumpulan lelaki & 3 kumpulan perempuan. Fasilitator terdiri drpd bekas pelajar UIAM dan Institut Darul Quran.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengerusi Surau An-Naim, Flat Fiona iaitu Ust Kamarudin. Program ini tamat dengan jayanya, alhamdulillah. Rata-rata peserta semuanya berpuas hati dgn program yg dianjurkan, manakala penduduk di sekitar tempat program mengharapkan program-program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi di tempat mereka pada masa hadapan.

Sekian.

Disediakan oleh,
MUHAMMAD FADZLI BIN ABU BAKAR
Pengarah Program,
Tahsinul Quran Peringkat DUN Gombak Setia.

Wednesday, August 19, 2009

Perutusan Ramadhan dan Salam Merdeka Ketua Pemuda PAS Gombak


Asslamualaikum W.B.T

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 maksudnya : Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana umat-umat terdahulu mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa.

Alhamdulillah lafaz syukur kita rafa’kan kepada Allah SWT di atas segala hidayah dan i’nayahnya dapat kita berada di ambang Ramadhan. Ana mendoakan agar Allah SWT mempersempatkan kita menemui dan menjalani ibadah di sepanjang Ramadhan hingga kepenghujungnya.

Dikesempatan ini saya mengambil peluang mengajak diri sendiri dan semua sahabat pemuda yang dikasihi Allah agar menanti kehadiran Ramadhan yang bakal kunjung ini dengan penuh rasa kerinduan. Seterusnya melepaskan kerinduan tersebut dengan amalan-amalan disepanjang bulan keampunan tersebut.

Menyedari suasana hari ini seolah-olah terdapat segelintir masyarakat tidak merasai apa-apa dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini. Sudah tentu menjadi suatu yang malang bagi kita para Abna’ al-Harakah memiliki sifat dan penyakit sedemikian.

Para Syabab yang beriman yang dikasihi Allah sekelian.

Bulan Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dan bulan mendidik kita agar memiliki kekuatan ruhiyyah yang mantap.Bulan Ramadhan dikenali sebagai :

Syahrul al-Quran (Bulan al-Quran)

Berlakunya peristiwa Nuzul Quran seperti yang difirmankan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud : Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran (al-Baqarah ayat 185) . Al-Quran sebagai penawar bagi orang beriman, juga penawar bagi para pemuda yang telah Allah kisahkan tentang generasi Rabbani yang memiliki keimanan yang kental kepada Allah dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam. Kisah anak muda ashabul kahfi menjadi momentum tarbiyah jiwa para pemuda agar terus berjuang. Al-Quran menjadi as’daqal hadis ( sebenar-benar cerita ) guna untuk pembakar semangat serta teladan kepada kita.

Syahrul Ibadah (Bulan Ibadah)

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang mahsyur yang bermaksud : Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan nescaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa. Konsep ibadah tidak semestinya diperkecilkan skopnya hanya pada solat semata-mata. Akan tetapi ibadah ialah segala perkara yang kita buat kerana Allah dan bertepatan dengan syarak. Para pemuda kena menyahut seruan junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya menjadikan masa muda antara masa untuk dimaksimumkan semua peranan. Di usia muda kita inilah kita antara orang yang paling kuat berjuang. Di usia muda kita inilah kita orang yang paling kuat beribdah. Jangan jadikan usia muda kita ini langkahnya lebih lambat berbanding orang yang dah berumur dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Sahutlah seruan yang acap kali kita dengar ”Ruhban fil lail wa Fursan fi nahar” satu gelaran kepada generasi yang memaksimumkan usianya kepada pengabdian diri kepada Allah.

Syahrul Sadaqah (Bulan Sadaqah)

Jadikanlah diri kita antara orang yang suka memberi terutamanya dalam bulan Sadaqah ini. Tidak ada arahan supaya kita bagi seluruh harta kita kepada perjuangan ini. Tidak ada satu arahan pun meminta supaya kita tidak boleh berbelanja atau menabung untuk keperluan diri. Namun hakikat dalam sunnah perjuangan ini telah dilakarkan bagaimana sumbangan para sahabat mengatasi segalanya. Sumbangan mereka bukan hanya seluruh harta mereka bahkan jiwa mereka disumbangkan dalam membayar betapa mahalnya nilai syurga Allah SWT. Ini kesempatan untuk melipat kali gandakan pahala melalui sadaqah.

Syahrul Jihad ( Bulan Jihad )

Ramadhan mendidik orang yang beriman agar memiliki ruh jihad yang sebenar. Badar al-Kubra menyaksikan bulan ini antara proses pentarbiyahan jihadiyah yang berlaku di zaman Nabi SAW. Tiada alasan yang boleh diberikan untuk tidak menerima seruan Jihad dalam arena demokrasi ini untuk tidak turun pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir Semua pemuda diarahkan dalam merealisasikan Ramadhan sebagai bulan jihad ini untuk sama-sama menunaikan kewajiban tersebut.

Para Syabab Rahimakumullah,

Justeru, marilah sama-sama kita rebut peluang ini bagi meletakkan kita sebaris dengan golongan terdahulu yang telah tercatat sebagai generasi muttaqin. Jadikan peluang kita yang ada dalam bulan Ramadhan ini sebagai satu proses tarbiyah ke atas diri kita sendiri.

Ramadhan Karim,

Us Syarhan Humaizi Abdul Halim

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak