Titiwangsa-Alhamdulillah, Sdr Mustakim (UKJ Gombak Setia) pemuda Pinggiran Batu Caves baru-baru ini selamat melangsungkan walimah bersama pasangannya di Dewan Tasik Titiwangsa pada hari Sabtu,12/11. Pemuda UKJ mengucapkan tahniah & berharap saudara Mustakim selepas mendirikan rumahtangga ini agar terus istiqamah bersama perjuangan Islam...
Moga bahagia di kehidupan dunia & akhirat...
Sunday, December 13, 2009
Wednesday, December 9, 2009
TAHNIAH UKJGS ATAS CEK PERTAMA
RM 102.29 (bagi Bulan Ogos 2009) dan RM 53.05 (bagi Bulan Sept 2009) adalah hasil keuntungan daripada akaun HPA UKJ Gombak Setia yang dibuka oleh UKJ Gombak Setia. Hasil dari pembelian barangan HPA oleh sahabat-sahabat UKJ dan kenalan, membantu UKJ dalam meningkatkan dana kewangan. Salah satu cara bagi UKJ GS untuk menyumbang kepada UKJ adalah dengan meningkatkan pembelian atas nama UKJ Gombak Setia.Antara orang kuat UKJ yang mewujudkan akaun HPA UKJGS ini adalah Sdr Abd Halim & Sdr Zamri, yang memberi idea & seterusnya mengusahakan sehingga ia direalisasikan.
Thursday, December 3, 2009
TEAM UKJGS MENYERTAI EXPLORACE JEJAK AMAL 09
Shah Alam- Baru-baru ini UKJGS telah menghantar satu team pemuda UKJGS untuk menyertai Program Explorace "JEJAK AMAL" anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Team yang diketuai oleh Sdr Abd Halim Abd Rahman adalah mewakili bagi Dun Gombak Setia telah mendapat tempat ke-12 daripada 40 team yang menyertai.
Perjalanan yang bermula daripada Bangunan SUK Selangor ini telah melalui beberapa kawasan antaranya ; Sg Buloh, Rawang , Puchong & Shah Alam.
UKJGS mengucapkan tahniah di atas kejayaan & kesungguhan yang telah dipamerkan oleh team UKJGS ini.

Monday, November 30, 2009
Tuesday, November 24, 2009
Usrah UKJ & Lawatan Lajnah Tarbiyah DPPG
UKJGS ANJUR KEMPEN "JOM SERTAI PAS"
Greenwood-Menyahut seruan & gesaan DPPG agar UKJ Dun memperkasakan & memberi fokus yang penting terhadap pengkaderan ahli-ahli pemuda baru, UKJGS telah menganjurkan kempen "Jom Sertai PAS" bertempat di Tapak Pasar Pagi Greenwood pada hari Ahad yang lalu. Kempen ini dijalankan sebagai qada' (ganti) atas cadangan program kempen yang sepatutnya dijalankan minggu sebelumnya & juga mengisi kekosongan hari minggu yang tiada program lain. Atas usaha ini, sambutan yang diberikan oleh para pengunjung pasar pagi tersebut amat menggalakkan terutama dari kalangan pemuda.
Booth UKJGS dikunjungi mereka yang ingin mendaftar keahlian PAS, mendaftar Pengundi baru, menyemak keahlian PAS & juga daftar pemilih. Walau tenaga UKJ yang turun tidak seperti yang sepatutnya, akan tetapi sambutan yang diberi sekurang-kurangnya menaikkan semangat & kesungguhan kami para petugas pada pagi tersebut. Insya Allah usaha ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Thursday, November 19, 2009
KEMPEN "JOM SERTAI PAS"
Siri Pengisian Harakiah-Usrah (Siri 1)
USRAH & MATLAMATNYA
- Meningkatkan kefahaman anggota-anggota & menentukan sikap Islam terhadap sesuatu masalah
- Menambahkan penghayatan & menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap Islam
- Membina satu generasi anggota yang mengenali Islam sebagai “Din wa Daulah”
- Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiyyah di dalam kehidupan
- Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya
- Membina generasi Islam yang sedar & insaf akan cabaran & godaan yang berbagai
- Menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Qur’an & As-Sunnah
- Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah s.w.t
- Menggiatkan & menyelaraskan usaha mempelajari & memahami Islam
- Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk Islam
- Memelihara organisasi dari dimasuki pemikiran yang keliru
- Memperkukuhkan perasaan bersaudara & memupuk semangat bertindak secara berjamaah
Wednesday, November 4, 2009
JAMBORI AMAL MALAYSIA KALI KE-17
Sg Besar-Jambori AMAL Malaysia kali ke-17 kali ini dengan Selangor sebagai tuan rumah menyambut seluruh ahli Jabatan AMAL Malaysia dari seluruh Malaysia. UKJ Gombak Setia turut melibatkan diri dengan mendaftarkan seramai mungkin ahli UKJ / ahli Jabatan AMAL untuk menyertai program ini.
Sebelum program, UKJ Gombak Setia berjaya mendaftarkan seramai 11orang ahli untuk turun ke program (antara pendaftaran yang paling ramai dibandingkan dengan UKJ Dun HK & BC). Pada waktu bertolak, beberapa peserta telah menarik diri & hanya tinggal 7 orang ahli yang bagi komitmen untuk program.
Antara perkara menarik dari Jambori AMAL ini ialah ; Penaiktarafan Unit AMAL (sejak 1991) kepada Jabatan AMAL Malaysia, Mewujudkan Unit Briged AMAL (17thn ke bawah) & Unit Kadet AMAL (12thn ke bawah)
Berbagai aktiviti / pertandingan dianjurkan antaranya ; Ops Penyelamat, Gotong-Royong, Friendly Futsal & Badminton (bersama penduduk kampung), AMAL Race, Merentas Halangan, Masakan Survivor, Tarik Tali, Rumah Kontijen Negeri Terbaik
Alhamdulillah, dari Jambori ini banyak perkara & pengalaman baru dapat ditimba dalam memperkukuhkan jatidiri seorang ahli Jabatan AMAL Malaysia...
Allahu Akbar!!!
Eratkan Ukhuwah, Tekadkan Gerakkerja, Ikhlaskan Perjuangan
SU UKJGS

Kontijen Pemuda Gombak
Pasukan Kawad Kaki Terbaik Jambori-Kontijen Kelantan
Mendengar Ucapan Penutup Oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
Ucapan Perasmian Penutup Jambori Oleh Presiden
Sebelum program, UKJ Gombak Setia berjaya mendaftarkan seramai 11orang ahli untuk turun ke program (antara pendaftaran yang paling ramai dibandingkan dengan UKJ Dun HK & BC). Pada waktu bertolak, beberapa peserta telah menarik diri & hanya tinggal 7 orang ahli yang bagi komitmen untuk program.
Antara perkara menarik dari Jambori AMAL ini ialah ; Penaiktarafan Unit AMAL (sejak 1991) kepada Jabatan AMAL Malaysia, Mewujudkan Unit Briged AMAL (17thn ke bawah) & Unit Kadet AMAL (12thn ke bawah)
Berbagai aktiviti / pertandingan dianjurkan antaranya ; Ops Penyelamat, Gotong-Royong, Friendly Futsal & Badminton (bersama penduduk kampung), AMAL Race, Merentas Halangan, Masakan Survivor, Tarik Tali, Rumah Kontijen Negeri Terbaik
Alhamdulillah, dari Jambori ini banyak perkara & pengalaman baru dapat ditimba dalam memperkukuhkan jatidiri seorang ahli Jabatan AMAL Malaysia...
Allahu Akbar!!!
Eratkan Ukhuwah, Tekadkan Gerakkerja, Ikhlaskan Perjuangan
SU UKJGS
Monday, November 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)