Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Wednesday, February 24, 2010

RISALAH MAULIDURRASUL 1431H


Terbitan : Unit Penerangan, Informasi & Maklumat, UKJ Gombak Setia

Aktiviti Tarbiyyah Mingguan UKJGS - Usrah UKJ

Usrah Mingguan UKJGS 22 Februari 2010

Tempat : Surau Al-Izzah, Tmn Samudra
Masa : 9.30mlm
Kehadiran : 26 orang ahli UKJ
Antara topik yang dibincangkan pada malam tersebut adalah isu "Ulil Amri-Siapakah yang dimaksudkan dengan Ulil Amri" & Isu Royalti Minyak. Turut hadir, Sdr Azmi, Ketua cawangan Tmn Samudra.


Monday, February 22, 2010

KAUNTER ONE STOP CENTRE SIRI FEB 2010

Greenwood - Mengambil berat akan usaha mendaftarkan pemilih baru & keahlian PAS, UKJ Gombak Setia pada hari Ahad yang lalu,21/2, telah membuka kaunter One Stop Centre di Pasar Pagi Greenwood. Ini adalah kali ketiga UKJGS membuka kaunter ini di tempat berkenaan.

Dengan mengadakan kerjasama dengan Pas cawangan Greenwood pada kali ini, sedikit sebanyak telah dapat juga memudahkan & melancarkan perjalanan program ini. Ada ahli-ahli cawangan turut hadir memberi sokongan atas usaha ini.

Berdasarkan siri-siri penganjuran kaunter sebelum-sebelum ini, beberapa masalah-masalah yang kritikal telah dapat dikenalpasti & dapat dielakkan pada penganjuran kaunter pada kali ini. Antara masalah yang sering dihadapi adalah seperti ; sumber elektrik, sumber internet, kaedah promosi & juga kedudukan lokasi kaunter.

Kebanyakkan pengunjung yang hadir selain dari mendaftar keahlian Pas atau mendaftar ahli baru, ada juga yang ingin bertanyakan permasalahan berkaitan keahlian Pas & daftar pemilih, antaranya, cara berpindah mengundi ke kawasan baru, tempoh pendaftaran pemilih, dah daftar ahli Pas masih tak dapat apa-apa makluman...

Dimana-mana saja ada Pendaftaran Keahlian PAS & Daftar Pemilih...

Sri Gombak-UKJGS baru-baru ini telah membuka kaunter pendaftaran Keahlian Pas & Daftar Pemilih baru walaupun ia tidak dirancang dalam mesyuarat atau perbincangan UKJGS sebelumnya. Walaupun ianya secara 'adhoc', penerimaan daripada pengunjung kaunter tersebut tidak mengecewakan.Kaunter itu dibuka bersempena dengan Ceramah Umum & Majlis Penubuhan Cawangan Baru, Cawangan Kg Sri Makmur, Sri Gombak

Antara penceramah pada malam tesebut adalah Sdr Mohd Radzi Yusof, Timb YDP Pas Kawasan Gombak, Ust Sallehhuddin Nasir, YDP Pas Kawasan Gombak & YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Adun Gombak Setia.

(Gambar; Penceramah & hadirin bergambar brsama bunting Kempen Jom Sertai PAS )
(Gambar ; YB DHMA menerima sijil keahlian drpd ketua cwangan penaja)

Thursday, February 18, 2010

DIARI UKJGS - SEKITAR OPS GANTUNG BANNER "GONG XI FA CAI"

KOLEKSI GAMBAR OPS GANTUNG BANNER "GONG XI FA CAI"

Lokasi Banner Pertama : Pasar Besar Tmn Sri Gombak


Lokasi Banner Kedua : Kawasan Perniagaan Sri Gombak Fasa 1

Tuesday, February 9, 2010

KEBAJIKAN AHLI-AHLI UKJGS TURUT DIJAGA

Sri Gombak - Beberapa orang ahli UKJ Gombak Setia diraikan selepas selesai sesi usrah mingguan yang diadakan di Surau Al-Iman, Sri Gombak Fasa 7, minggu ini. Ahli-ahli UKJ yang diraikan adalah seperti berikut:-

1) Sdr Mustakhim Rozlan (sumbangan perkahwinan, Nov 2009)

2) Sdr Azmin Ishak (mendapat cahaya mata yang ke-2)

3) Sdr Abdullah Ali Khalid (mendapat cahaya mata ke-3)

Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Gombak, Ust Syarhan Humaizi yang hadir ke usrah UKJGS. UKJ Gombak Setia mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang bertuah dan mendoakan kesejahteraan, keberkatan dan seterusnya terus istiqamah dengan jamaah.

Monday, February 8, 2010

Solat Hajat Agar Islam & Keadilan Kembali di Perak

Sri Gombak-UKJGS mengadakan solat hajat memohon agar Allah s.w.t mengembalikan kedaulatan Islam & keadilan di Negeri Perak yang dipimpin di bawah MB Nizar Jamaluddin. Solat hajat 2 rakaat itu diadakan bersama-sama ahli-ahli UKJ yang hadir sebelum memulakan usrah mingguan UKJGS semalam,

Solat hajat yang diimamkan oleh Ust Mohd Noor diakhiri dengan doa agar Allah s.w.t memperkenankan bukan sahaja hajat kami pada malam itu, tetapi juga hajat kepada seluruh pencinta kedaulatan Islam & keadilan di Malaysia ini.

PAS Seru Ahli dan Penyokong Solat Hajat Untuk Kelantan dan Perak

Kenyataan Media PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini. PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan.

PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

sumber : www.idrisahmad.wordpress.com

Thursday, February 4, 2010

UKJGS anjur Taklimat Pemerkasaan Dana UKJ Melalui HPA

Tmn Berjaya,1 Feb - Unit Dana & Ekonomi Unit Kerja Jemaah ( UKJ ) Gombak Setia dengan kerjasama Bendahari UKJ telah berjaya menganjurkan satu sesi taklimat & penerangan pemerkasaan dana UKJGS melalui medium HPA.
Antara objektif penganjuran taklimat ini adalah untuk mengetahui & memahami kaedah-kaedah yang mudah & cepat & efektif meningkatkan dana & pelaburan akaun HPA UKJGS. Disamping itu, tujuan sesi taklimat ini juga adalah untuk menarik lebih ramai ahli UKJ yang belum menyertai HPA, untuk turut sama menyertai di bawah rangkaian akaun HPA UKJ
(Gambar; Ust Syarhan turut hadir ke sesi taklimat tersebut)

Sesi taklimat pada malam tersebut telah disampaikan oleh Sdr Hafizi dari Sri Gombak. Beliau adalah upline bagi HPA UKJ yang mana pendapatan beliau dengan HPA kini telah mencecah 4 angka.(Gambar ; kusyuk membaca bahan-bahan maklumat yang disediakan)
(Gambar; antara bahan slide yang disediakan oleh penceramah)

Monday, February 1, 2010

Pgrm Pelancaran Usrah Amal 2010

Pinggiran Batu Caves,31/1 - Program Usrah Amal untuk remaja di Dun Gombak Setia dilancarkan semula bagi tahun 2010. Program yang telah berlangsung bermula sejak tahun 2009 diteruskan lagi pada tahun ini dengan sasaran penambahan & pembaharuan beberapa kumpulan usrah lagi.
(Gambar) Adik-adik peserta turut sama membantu membakar
(Gambar) Adik-adik ini dah tak sabar nak merasa BBQ pada ptg itu...

Hampir 40 orang para remaja telah menghadiri program ini yang telah diadakan di Surau Darul Hidayah,Pinggiran Batu Caves Fasa 2. Manakala ahli-ahli UKJ Gombak Setia semua juga dijemput hadir menjayakan pgrm ini.

Antara objektif utama pelancaran ini adalah untuk mengaktifkan semula kumpulan-kumpulan usrah Amal yang telah dibentuk sebelum ini & mengumpul kembali database keahlian ahli-ahli usrah amal. Selain itu juga melalui pgrm, tujuan utama juga adalah mengenalpasti anak-anak ahli Pas Dun Gombak Setia & melibatkan mereka dengan pgrm tarbiyah jemaah & kepartian Pas. Pada pgrm ini juga, naqib-naqib sesi tahun ini diperkenalkan ; ada naqib-naqib lama & beberapa naqib dari muka-muka baru

(Gambar) Para naqib & tetamu jemputan turut menjamu selera

Pgrm ini dijalankan dimulai dengan BBQ bersama semua para peserta pgrm, kemudian mereka dikumpulkan & diberi sedikit pengisisan oleh Sdr Nadzim sebelum dipecah-pecahkan kepada kumpulan-kumpulan usrah amal masing-masing.

(Gambar) Sdr Nadzim sedang menyampaikan pengisian kepada adik-adik peserta

Menurut Pengarah program, saudara Zamri Ismail, sasaran yang diletakkan adalah realistik berdasarkan pengalaman setahun lepas dalam mengendalikan program Usrah Amal ini. Dengan keterikatan antara ahli Usrah Amal dengan naqib-naqib bertanggungjawab, penglibatan ahli-ahli Usrah Amal dengan program-program pada masa akan datang akan dapat diteruskan.

(Gambar) Salah seorang ajk surau turut sama menghayati pengisian disampaikan

Selain itu pelaksanaan Usrah Amal ini dilihat satu usaha penting Pemuda dalam mendekati golongan remaja dan seterusnya memberi bimbingan secara berterusan kepada mereka agar terus menghayati dan mengamal cara hidup dan akhlak Islam yang sebenarnya. Mudah-mudahan usaha ini akan berpanjangan dan lebih banyak lagi kumpulan Usrah Amal dapat diwujudkan dengan kesediaan lebih ramai lagi ahli UKJ Gombak Setia khususnya untuk mendampingi dan membimbing adik-adik remaja ini.


KOLEKSI-KOLEKSI GAMBAR SEKITAR PERJALANAN PGRM