Tmn Gombak-Memandang serius usaha DPPG menggerakkan Projek 1C5P, UKJGS mengambil inisiatif mengadakan satu program Taklimat & Penyerahan Watikah Mus'ab Umair bagi wakil-wakil cawangan di Dun Gombak Setia.

Pgrm yang telah dirancang sekian lama ini, Alhamdulillah dapat juga dilaksanakan selepas penangguhan dibuat bagi pgrm ini pada bulan sebelumnya. Antara objektif penganjuran ini diadakan, adalah untuk membangkitkan semangat ahli UKJ yang telah dilantik sebagai Mus'ab Umair untuk menjayakan projek 1C5P ini disamping untuk memberi penerangan & maklumat dgn jelas tentang projek ini.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Sdr Damanhuri Dol, Setiausaha DPPG. Beliau telah membentangkan kertas kerja bagi Projek 1C5P pada malam tersebut. Turut diadakan adalah sesi dialog antara ahli -ahli UKJ , lantikan Mus'ab Umair dengan wakil DPPG.

Turut hadir pada malam itu adalah Sdr Khairul Fahmi Mat Som,selaku Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor yang juga menyampaikan watikah-watikah lantikan Mus'ab Umair bagi UKJGS.

GAMBAR-GAMBAR PENYAMPAIAN WATIKAH MUS'AB UMAIR

Penyampaian Watikah kepada Ust Ahmad Termizi (wakil Cawangan Gombak Utara)

Penyampaian kepada Sdr Mustakhim, mewakili cawangan Pinggiran Batu Caves 2

Sdr Anhar Adzfar (wakil cawangan Tmn Selasih F2)

Sdr Ali Khalid, mewakili Mus'ab Umair Kg Changkat yg tidak hadir

Serahan watikah kepada Sdr Hisham,Mus'ab Umair cawangan Pinggiran Batu Caves F2

Sdr Zamri Ismail,wakil cawangan Pinggiran Batu Caves F2

Ust Halim,Bendahari UKJ juga Mus'ab Umair cawangan Tmn Selasih F1

Serahan watikah kepada wakil cawangan Sri Gombak F5, Sdr Azmi Mohd

mewakili pemuda cawangan Tmn Gombak, Sdr Faizal

Mus'ab Umair cawangan Tmn Gombak Ria, Sdr Fakhzan

Ust Muhammad , Mus'ab Umair bagi cawangan Tmn Samudra

Ust Mohd Noor, Ketua UKJGS yg juga Mus'ab Umair bg cawangan Sg Chinchin
No comments:
Post a Comment