Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Monday, January 4, 2010

KEMPEN "JOM SERTAI PAS" SIRI 2

Taman Greenwood-UKJ Gombak Setia & DPPG telah membuka kaunter Kempen "Jom Sertai PAS" di Pasar Pagi Greenwood pada hari Ahad yang lalu.

KP DPPG, Ust Syarhan turut turun berkempen bersama sahabat-sahabat UKJGS
Kaunter Kempen "Jom Sertai Pas" ini adalah siri ke-2 dijalankan sejak pelancaran Kempen Keahlian Pemuda PAS Gombak yang mana program sedikit sebanyak telah berjaya menarik minat ramai pengunjung mengunjungi kaunter ini. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti ; Pendaftaran Keahlian Pas, Semakan Keahlian Pas, Daftar Pemilih Baru, Semakan Daftar Pemilih & juga menyediakan kaunter pertanyaan untuk sebarang persoalan yang berkaitan dengan kempen ini.
Antara persoalan yang kerap ditanyakan adalah mengenai cara untuk menukar tempat mengundi ke tempat mengundi yang baru. Alhamdulillah dengan penyertaan lebih ramai sahabat UKJGS, kempen siri ke-2 ini dilihat lebih berjaya berbanding kempen siri pertama sebelum ini.

KOLEKSI-KOLEKSI GAMBAR KEMPEN "JOM SERTAI PAS" SIRI KE-2


No comments:

Post a Comment