Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sunday, July 26, 2009

PELANCARAN USRAH AMAL GOMBAK SETIA

Sri Gombak-Baru-baru ini UKJGS telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Usrah AMAL peringkat Dun Gombak Setia yang mana perancangan tersebut telah beberapa kali tertangguh sebelum ini. Majlis tersebut telah diadakan di Taman Tasik Sri Gombak (berhampiran dengan Masjid Al-Khairiah, Sri Gombak). UKJGS telah menjemput hampir 90 nama peserta daripada list nama Peserat Kem AMAL Gombak yang lepas.Di dalam majlis tersebut, kira-kira 20 peserta telah hadir mengambil bahagian .
Turut hadir ke Majlis ini, ialah Ust Syarhan Humaizi,KP DPPG & juga selaku Perasmi Program ini, Sdr Khairul Fahmi, Setiausaha DPPNS, AJK DPPG, & juga ahli-ahli UKJGS.
Di dalam majlis, 2 Kumpulan Usrah AMAL telah dibentuk & dipimpin oleh beberapa orang naqib dari kalangan UKJGS, antaranya ; Ust Ahmad Tarmizi, Ust Muhammad Ali, Ust Fahmi, Ust Ubaidillah & Ust Abd Fattah.
Menurut Pengarah Program ; Sdr Abd Halim Abd Rahman, program-program follow up akan terus dirancang dalam memastikan keterikatan peserta-peserta ini dengan Pemuda PAS.Kehadiran yang tidak berapa ramai tidak menjadi masalah kerana yang menjadi keutamaan adalah kualiti yang ada pada setiap peserta
Di akhir program, semua peserta, tetamu & UKJ dijamu dengan durian-durian yang telah disediakan oleh pihak urusetia.

SESI PENDAFTARAN PESERTA

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS, SDR FADZLI ABU BAKAR

UCAPAN PENGARAH PROGRAM, SDR ABD HALIM

UCAPAN PERASMIAN, UST SYARHAN HUMAIZI, KP DPPG
SESI PENERANGAN & PEMBAHAGIAN GRUP USRAH AMAL


SESI USRAH



No comments:

Post a Comment