Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Tuesday, December 15, 2009

AHLAN WA SAHLAN AWAL MUHARAM 1431H

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.

sumber : blog ulamak pas gombak

Sunday, December 13, 2009

TAHNIAH...

Titiwangsa-Alhamdulillah, Sdr Mustakim (UKJ Gombak Setia) pemuda Pinggiran Batu Caves baru-baru ini selamat melangsungkan walimah bersama pasangannya di Dewan Tasik Titiwangsa pada hari Sabtu,12/11. Pemuda UKJ mengucapkan tahniah & berharap saudara Mustakim selepas mendirikan rumahtangga ini agar terus istiqamah bersama perjuangan Islam...
Moga bahagia di kehidupan dunia & akhirat...

Sewaktu hari perkahwinan beliau

Wednesday, December 9, 2009

TAHNIAH UKJGS ATAS CEK PERTAMA

RM 102.29 (bagi Bulan Ogos 2009) dan RM 53.05 (bagi Bulan Sept 2009) adalah hasil keuntungan daripada akaun HPA UKJ Gombak Setia yang dibuka oleh UKJ Gombak Setia. Hasil dari pembelian barangan HPA oleh sahabat-sahabat UKJ dan kenalan, membantu UKJ dalam meningkatkan dana kewangan. Salah satu cara bagi UKJ GS untuk menyumbang kepada UKJ adalah dengan meningkatkan pembelian atas nama UKJ Gombak Setia.
Antara orang kuat UKJ yang mewujudkan akaun HPA UKJGS ini adalah Sdr Abd Halim & Sdr Zamri, yang memberi idea & seterusnya mengusahakan sehingga ia direalisasikan.

Thursday, December 3, 2009

TEAM UKJGS MENYERTAI EXPLORACE JEJAK AMAL 09

Shah Alam- Baru-baru ini UKJGS telah menghantar satu team pemuda UKJGS untuk menyertai Program Explorace "JEJAK AMAL" anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Team yang diketuai oleh Sdr Abd Halim Abd Rahman adalah mewakili bagi Dun Gombak Setia telah mendapat tempat ke-12 daripada 40 team yang menyertai.
Perjalanan yang bermula daripada Bangunan SUK Selangor ini telah melalui beberapa kawasan antaranya ; Sg Buloh, Rawang , Puchong & Shah Alam.
UKJGS mengucapkan tahniah di atas kejayaan & kesungguhan yang telah dipamerkan oleh team UKJGS ini.
Bergambar sebelum memulakan perjalanan
Team Gombak Setia yang dianggotai oleh 4org UKJ
Antara checkpoint yang wajib ditempuhi
Team Gombak Setia bergambar kenangan dengan MB Selangor

Tuesday, November 24, 2009

Usrah UKJ & Lawatan Lajnah Tarbiyah DPPG

Taman Samudra,23/11 - Sesi usrah mingguan UKJGS semalam berlangsung seperti sediakala seperti usrah-usrah yang sebelum ini, sebelum ahli-ahli usrah dikejutkan dengan kehadiran rombongan dari Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak. Rombongan ini diketuai oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPG, Ustaz Termizi Md Din dan disertai bersama Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi dan Timbalan Ketua DPPG, Saudara Azizul Abu Bakar.

Lawatan Lajnah Tarbiyyah ke usrah UKJGS yang kali ini yang diadakan di Rumah Ust Muhammad Ali,diteruskan dengan agenda Lajnah Tarbiyah sebelum diteruskan semula oleh agenda usrah UKJ. Pada kunjungan ini, Ust Syarhan telah menekan beberapa perkara penting kepada ahli-ahli usrah UKJGS ; antaranya penekanan tentang sudut pentarbiyyah & pemerkasaan ahli terutamanya menerusi usrah-usrah mingguan UKJ & juga usrah gabungan pemuda gombak. Ust Syarhan juga menggesa UKJGS agar menyahut seruan DPPG dalam menjayakan projek Mus’ab Umair & 1C5P.

Rombongan DPPG & Lajnah Tarbiyah kemudiannya diraikan dengan sedikit juadah yang telah disediakan oleh tuan rumah dihujung usrah tersebut.

UKJGS ANJUR KEMPEN "JOM SERTAI PAS"

Greenwood-Menyahut seruan & gesaan DPPG agar UKJ Dun memperkasakan & memberi fokus yang penting terhadap pengkaderan ahli-ahli pemuda baru, UKJGS telah menganjurkan kempen "Jom Sertai PAS" bertempat di Tapak Pasar Pagi Greenwood pada hari Ahad yang lalu. Kempen ini dijalankan sebagai qada' (ganti) atas cadangan program kempen yang sepatutnya dijalankan minggu sebelumnya & juga mengisi kekosongan hari minggu yang tiada program lain. Atas usaha ini, sambutan yang diberikan oleh para pengunjung pasar pagi tersebut amat menggalakkan terutama dari kalangan pemuda.
Booth UKJGS dikunjungi mereka yang ingin mendaftar keahlian PAS, mendaftar Pengundi baru, menyemak keahlian PAS & juga daftar pemilih. Walau tenaga UKJ yang turun tidak seperti yang sepatutnya, akan tetapi sambutan yang diberi sekurang-kurangnya menaikkan semangat & kesungguhan kami para petugas pada pagi tersebut. Insya Allah usaha ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Thursday, November 19, 2009

KEMPEN "JOM SERTAI PAS"


UKJGS akan mengadakan Kempen "Jom Sertai PAS" seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 22 November 2009 / 5 Zulhijjah 1430

Masa : 8.00pagi

Tempat : Pasar Pagi Greenwood

Semua UKJGS & juga Pemuda PAS Gombak diminta turun membantu menjayakan kempen ini

Siri Pengisian Harakiah-Usrah (Siri 1)


USRAH & MATLAMATNYA

  1. Meningkatkan kefahaman anggota-anggota & menentukan sikap Islam terhadap sesuatu masalah

  1. Menambahkan penghayatan & menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap Islam

  1. Membina satu generasi anggota yang mengenali Islam sebagai “Din wa Daulah”

  1. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiyyah di dalam kehidupan

  1. Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya

  1. Membina generasi Islam yang sedar & insaf akan cabaran & godaan yang berbagai

  1. Menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Qur’an & As-Sunnah

  1. Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah s.w.t

  1. Menggiatkan & menyelaraskan usaha mempelajari & memahami Islam

  1. Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk Islam

  1. Memelihara organisasi dari dimasuki pemikiran yang keliru

  1. Memperkukuhkan perasaan bersaudara & memupuk semangat bertindak secara berjamaah

Wednesday, November 4, 2009

JAMBORI AMAL MALAYSIA KALI KE-17

Sg Besar-Jambori AMAL Malaysia kali ke-17 kali ini dengan Selangor sebagai tuan rumah menyambut seluruh ahli Jabatan AMAL Malaysia dari seluruh Malaysia. UKJ Gombak Setia turut melibatkan diri dengan mendaftarkan seramai mungkin ahli UKJ / ahli Jabatan AMAL untuk menyertai program ini.
Sebelum program, UKJ Gombak Setia berjaya mendaftarkan seramai 11orang ahli untuk turun ke program (antara pendaftaran yang paling ramai dibandingkan dengan UKJ Dun HK & BC). Pada waktu bertolak, beberapa peserta telah menarik diri & hanya tinggal 7 orang ahli yang bagi komitmen untuk program.
Antara perkara menarik dari Jambori AMAL ini ialah ; Penaiktarafan Unit AMAL (sejak 1991) kepada Jabatan AMAL Malaysia, Mewujudkan Unit Briged AMAL (17thn ke bawah) & Unit Kadet AMAL (12thn ke bawah)
Berbagai aktiviti / pertandingan dianjurkan antaranya ; Ops Penyelamat, Gotong-Royong, Friendly Futsal & Badminton (bersama penduduk kampung), AMAL Race, Merentas Halangan, Masakan Survivor, Tarik Tali, Rumah Kontijen Negeri Terbaik
Alhamdulillah, dari Jambori ini banyak perkara & pengalaman baru dapat ditimba dalam memperkukuhkan jatidiri seorang ahli Jabatan AMAL Malaysia...
Allahu Akbar!!!

Eratkan Ukhuwah, Tekadkan Gerakkerja, Ikhlaskan Perjuangan

SU UKJGS

Petugas AMAL bergambar bersama Mudir Maahad Darul Qur'an
Kontijen Pemuda Gombak
Pasukan Kawad Kaki Terbaik Jambori-Kontijen Kelantan
Mendengar Ucapan Penutup Oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
Ucapan Perasmian Penutup Jambori Oleh Presiden