Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Wednesday, December 23, 2009

PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI DUN GS

Laporan oleh Pengarah Program
Majlis Khatan Beramai-ramai Dun Gombak Setia 2009

Assalamualaikum wrth wbth,

Ana mulakan laporan Majlis Khatan Beramai-ramai DUN Gombak Setia pada 13hb Disember 2009 yang lalu dengan ayat 2-3, surah At-Thalaaq, atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu dengan ayat Seribu Dinar.

Surah At-Talaq : Ayat (2) ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya

Surah At-Talaq : Ayat [3]...Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya(untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Sungguh di luar jangkaan. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Itu perkataan yang terlintas di dalam fikiran ana apabila melihat begitu ramai para ibubapa yang datang untuk mendaftar nama anak masing-masing di Majlis Khatan Beramai-ramai DUN Gombak Setia pada 13hb Disember yang lalu di Surau Ubudiyah, Sri Gombak. Program dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hasbullah Ridhuan, Ahli Majlis MPS merangkap Ketua Pemuda PAS Selangor. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling DUN Gombak Setia pada Majlis Khatan kali ini sungguh luar biasa.

Panggilan telefon yang diterima oleh pihak pengurusan peserta tak henti-henti setiap hari semenjak dari hari pertama banner program digantung dan lebih banyak lagi panggilan telefon di saat-saat akhir sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 10hb Disember. Para ibubapa yang menalifon untuk mendaftar anak mereka, ada lebih daripada 100 orang. Satu perkara yang tak pernah berlaku pada mana-mana Majlis Khatan anjuran UKJ Gombak Setia pada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin ianya berlaku pada tahun sebelum 2004, wallahua'lam sebab sepanjang ana terlibat dengan PAS Gombak ini sedari 2004, ianya tak pernah berlaku lagi. Paling tinggi pun pada tahun sebelum-sebelum ini, tak pernah melebihi 40 orang peserta.

Pada mulanya, pihak jawatankuasa program menetapkan sasaran 40 orang peserta sahaja, mengambil kira track record yang pernah dicapai pada tahun-tahun sebelum ini. Kemudian apabila mendapat panggilan yang ramai daripada para ibubapa, kami meningkatkan sasaran kepada 50 orang, kemudian lebih ramai yang telefon, kami letakkan sasaran 70 orang, kemudian ramai lagi yang telefon, kami terpaksa hadkan pengambilan peserta pada kali ini, hanya kepada 80 orang peserta sahaja. Ia disebabkan keterbatasan masa dan kurang doktor yang mana kami sempat dapat, hanya 3 orang doktor sahaja dan beberapa orang Pembantu Doktor. Ramai para ibubapa terpaksa kami tolak permintaan mereka untuk sertai khatan kali ini walaupun dengan pujuk rayu dan ada juga kami transfer ke Program Khatan Batu Caves pada 19hb Disember.

Satu lagi perkara yang membuatkan ana bersyukur banyak-banyak pada Allah SWT ialah berkenaan sumbangan sponsor yang kami terima untuk menjayakan program khatan pada kali ini. Sungguh tak disangka-sangka. Kalau merujuk kepada kertas kerja program, pihak UKJ akan mengeluarkan dana daripada UKJ tak kurang daripada RM 1000 bagi menampung segala kos perjalanan program dan subsidi daripada kami kepada peserta sebanyak RM 40 seorang. Ini kerana doktor meletakkan bayaran bagi seorang peserta yang dipotong sebanyak RM90 seorang. Yuran yang dikenakan kepada peserta ialah RM50 seorang. Akhirnya apa yang terjadi ialah UKJ Gombak Setia tak keluar satu sen pun daripada dana UKJ, malah kami mendapat lebihan pula sebanyak RM500 hasil daripada sponsorship pelbagai pihak.

Walaupun di awal sebelum mesyuarat pertama program, kami mendapat berita sedih, pihak PKM ADUN Gombak Setia tak dapat nak bantu sebab diorang dah habis budget, so mereka tak dapat nak bantu. Hasilnya, ada diantara ahli UKJ yang mula rasa ragu-ragu, nak buat program macamana ni, tak ada budget program daripada PKM ADUN GS. Bila mendengar jawapan ini, terus ana menjawab, sebelum kita menang PRU 12 lalu, kita tak ada duit juga, tapi program tetap berjalan macam biasa, tapi kenapa bila dah menang, tak ada duit, kita tak boleh buat program pula. Nampaknya kita sebagai ahli PAS ni, kadang-kadang tak terlepas juga fikir macam UMNO, buat program bila ada duit sahaja, tak ada duit, tak buat program. Adakah kita juga mula berfikir untuk dapatkan projek masyuk setiap kali ada program, sama-samalah kita fikirkan. Muhasabah juga pada diri ana.

Bila bertambahnya peserta, maka bertambahlah juga subsidi yang UKJ kena keluarkan. Ada juga dikalangan AJK mula bimbang cukup ker duit kita nak subsidi seramai 80 orang peserta ni. Maknanya RM40 x 80 orang = RM3200. Itu tak campur lagi perbelanjaan pengurusan program yang lain. So, campur-campur semua kos penganjuran program khatan pada kali ini sebanyak +-RM8000. Ana personally, tak berani juga nak buat program yang menelan belanja hampir-hampir RM8000 berdasarkan kewangan yang kita ada. Mana nak dapat duit sebanyak ini dalam masa tak sampai sebulan.

Maka disinilah bermulanya bantuan Allah SWT kepada hambaNYA yang bertawakal kepadaNYA. Satu persatu Allah SWT kurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka untuk melancarkan program, yang mana pada mulanya kami tak sangka akan dapat duit sponsor.

1. Doktor bagi diskaun RM5 daripada RM90 seorang kepada RM85 setelah pujuk rayu dibuat. RM5 x 80 orang = RM400
2. Akhirnya PKM ADUN GS dapat juga hulur bantuan RM400
3. Peruntukan JKP Zon 9, En Rahim Kasdi (PKR) bagi RM2000. En Rahim ni, ana dapat maklumat awal kalau program PAS payah dia nak bagi, sebab ada contoh sebelum ini. Tapi, Allah SWT lembutkan hati dia, dapat kita duit sponsor tu.
4. Orang perseorangan
5. Surau Al-Kahfi & Surau Ubudiyah
6. Hj Amin IMAAR Architect, ayah Amar Ulu Klang. Ana rasa program khatan UKJ Ulu Klang pun tak dapat sponsor dia.

So, setelah dicampur-campur semua. Jumlah sponsor yang kami dapat ialah RM4546. Satu angka yang kami tak pernah terfikir sebelum ini, iaitu di awal program yang kami boleh dapat. Inilah dia apa yang dinyatakan di dalam ayat surah At-Thalaaq, seperti yang ana nyatakan di permulaan bicara "Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya". Tapi syaratnya kita kenalah bersungguh-sungguh bertawakal mengharapkan bantuan daripada Allah SWT. Allah SWT akan permudahkan segala urusan kita, yang pada mulanya kita payah nak dapat peserta, tapi akhirnya Allah SWT beri kita ramai peserta hingga berlebih-lebih. Seperti firman Allah SWT di dalam Surah At-Thalaaq "nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)" .

Akhir kalam, ana mohon maaf, terpanjang lak pula report khatan kali ini. Bukan apa, ana betul-betul terasa bagaimana jika meletakkan pengharapan kita sepenuhnya kepadaNYA, nescaya Dia akan menolong kita. Perkara yang kita rasa tak boleh buat pada permulaanya, tapi akhirnya dapat juga kita laksanakan dengan bantuan Allah SWT yang tidak dapat kita jangka dan lihat.

Sekian.








No comments:

Post a Comment