Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Wednesday, August 19, 2009

Perutusan Ramadhan dan Salam Merdeka Ketua Pemuda PAS Gombak


Asslamualaikum W.B.T

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 maksudnya : Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana umat-umat terdahulu mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa.

Alhamdulillah lafaz syukur kita rafa’kan kepada Allah SWT di atas segala hidayah dan i’nayahnya dapat kita berada di ambang Ramadhan. Ana mendoakan agar Allah SWT mempersempatkan kita menemui dan menjalani ibadah di sepanjang Ramadhan hingga kepenghujungnya.

Dikesempatan ini saya mengambil peluang mengajak diri sendiri dan semua sahabat pemuda yang dikasihi Allah agar menanti kehadiran Ramadhan yang bakal kunjung ini dengan penuh rasa kerinduan. Seterusnya melepaskan kerinduan tersebut dengan amalan-amalan disepanjang bulan keampunan tersebut.

Menyedari suasana hari ini seolah-olah terdapat segelintir masyarakat tidak merasai apa-apa dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini. Sudah tentu menjadi suatu yang malang bagi kita para Abna’ al-Harakah memiliki sifat dan penyakit sedemikian.

Para Syabab yang beriman yang dikasihi Allah sekelian.

Bulan Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dan bulan mendidik kita agar memiliki kekuatan ruhiyyah yang mantap.Bulan Ramadhan dikenali sebagai :

Syahrul al-Quran (Bulan al-Quran)

Berlakunya peristiwa Nuzul Quran seperti yang difirmankan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud : Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran (al-Baqarah ayat 185) . Al-Quran sebagai penawar bagi orang beriman, juga penawar bagi para pemuda yang telah Allah kisahkan tentang generasi Rabbani yang memiliki keimanan yang kental kepada Allah dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam. Kisah anak muda ashabul kahfi menjadi momentum tarbiyah jiwa para pemuda agar terus berjuang. Al-Quran menjadi as’daqal hadis ( sebenar-benar cerita ) guna untuk pembakar semangat serta teladan kepada kita.

Syahrul Ibadah (Bulan Ibadah)

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang mahsyur yang bermaksud : Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan nescaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa. Konsep ibadah tidak semestinya diperkecilkan skopnya hanya pada solat semata-mata. Akan tetapi ibadah ialah segala perkara yang kita buat kerana Allah dan bertepatan dengan syarak. Para pemuda kena menyahut seruan junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya menjadikan masa muda antara masa untuk dimaksimumkan semua peranan. Di usia muda kita inilah kita antara orang yang paling kuat berjuang. Di usia muda kita inilah kita orang yang paling kuat beribdah. Jangan jadikan usia muda kita ini langkahnya lebih lambat berbanding orang yang dah berumur dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Sahutlah seruan yang acap kali kita dengar ”Ruhban fil lail wa Fursan fi nahar” satu gelaran kepada generasi yang memaksimumkan usianya kepada pengabdian diri kepada Allah.

Syahrul Sadaqah (Bulan Sadaqah)

Jadikanlah diri kita antara orang yang suka memberi terutamanya dalam bulan Sadaqah ini. Tidak ada arahan supaya kita bagi seluruh harta kita kepada perjuangan ini. Tidak ada satu arahan pun meminta supaya kita tidak boleh berbelanja atau menabung untuk keperluan diri. Namun hakikat dalam sunnah perjuangan ini telah dilakarkan bagaimana sumbangan para sahabat mengatasi segalanya. Sumbangan mereka bukan hanya seluruh harta mereka bahkan jiwa mereka disumbangkan dalam membayar betapa mahalnya nilai syurga Allah SWT. Ini kesempatan untuk melipat kali gandakan pahala melalui sadaqah.

Syahrul Jihad ( Bulan Jihad )

Ramadhan mendidik orang yang beriman agar memiliki ruh jihad yang sebenar. Badar al-Kubra menyaksikan bulan ini antara proses pentarbiyahan jihadiyah yang berlaku di zaman Nabi SAW. Tiada alasan yang boleh diberikan untuk tidak menerima seruan Jihad dalam arena demokrasi ini untuk tidak turun pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir Semua pemuda diarahkan dalam merealisasikan Ramadhan sebagai bulan jihad ini untuk sama-sama menunaikan kewajiban tersebut.

Para Syabab Rahimakumullah,

Justeru, marilah sama-sama kita rebut peluang ini bagi meletakkan kita sebaris dengan golongan terdahulu yang telah tercatat sebagai generasi muttaqin. Jadikan peluang kita yang ada dalam bulan Ramadhan ini sebagai satu proses tarbiyah ke atas diri kita sendiri.

Ramadhan Karim,

Us Syarhan Humaizi Abdul Halim

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak

Diari UKJ : "SMART SOLAT HEBAT PUASA"

Greenwood- Baru-baru ini, UKJ Gombak Setia dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia & Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood telah satu program bagi remaja & belia yang dinamakan Program "SMART SOLAT, HEBAT PUASA". Program ini adalah lanjutan program Smart Solat Siri 1 yang di adakan di Masjid As-Syakirin sebelum ini.Penyertaan yang kurang daripada peserta-peserta tidak mematahkan niat UKJ untuk meneruskan program ini dijalankan kerana mengambil kira atas kesempitan & terhadnya masa yang ada bagi UKJ menganjurkan program-program lain. Hampir 50 peserta telah mendaftar kali ini yang mana kebanyakkan peserta adalah anak-anak ahli kariah Tmn Greenwood. Program ini telah dirasmikan oleh Cikgu Radzi, Pengarah Pusat Khidmat ADUN & Penutup oleh Ust Sallehuddin Nasir. Terima kasih kepada peserta, urusetia, fasilitator & pihak masjid atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga dikesempatan akan datang UKJ akan dapat menganjurkan program sebegini dengan lebih baik lagi.














Tuesday, August 18, 2009

Kejohanan Futsal Tertutup ADUN HK

Hulu Klang-UKJ Gombak Setia telah berpeluang menyumbangkan tenaga menjayakan kejohanan futsal tertutup ADUN HK baru-baru ini. Beberapa petugas dari Gombak Setia telah turun pada hari tersebut dalam 2 shift tugasan ; shift pagi - tengahhari & shift tengahari - petang. UKJ turut menghantar 2 team futsal kategori bawah 18 tahun ke kejohanan ini, akan tetapi 1 team telah menarik diri pada saat akhir kejohanan. Terima kasih kepada UKJ yang telah turun membantu.





Sunday, August 16, 2009

KP Ziarah Ahli UKJGS

Pusrawi-Baru-baru Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak telah meluangkan masa bersama beberapa orang sahabat pemuda menziarahi Sdr Iqbal (anak Ust Salleh Huddin Nasir) yang telah dirawat di hospital tersebut kerana disyaki menghidap Hepatitis.
Dalam kesempatan tersebut, KP mengambil peluang bertanya khabar tentang keadaan kesihatan beliau.Disamping itu juga, beliau turut berkongsi pengalaman beliau ketika mana beliau ditahan polis ketika Himpunan Mansuhkan ISA baru-baru ini.
Kami dari Sahabat-sahabat UKJ mendoakan beliau agar segera sembuh & pulih seperti biasa. Insya Allah taala.




Tuesday, August 4, 2009

KENYATAAN MEDIA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR
BERHUBUNG ISU ARAK DAN MINUMAN KERAS DI SELANGOR

Tarikh : 3 Ogos 2009

Dewan Pemuda PAS Selangor menyokong penuh tindakan MBSA yang mengambil tindakan terhadap premis perniagaan yang menjual bir atau minuman keras di kawasan komuniti Melayu Islam. Kita meyakini bahawa tindakan mereka adalah berdasarkan bidangkuasa yang ada dan desakan komuniti Melayu di MBSA yang mahu penjualan arak atau bir di kawal dengan serius ditempat dan kawasan mereka.

Kami juga mengharapkan pihak negeri dapat segera menyelaraskan arahan dan tindakan tersebut di seluruh PBT supaya tidak wujud arahan atau tindakan secara persendirian oleh mana-mana exco.

Kami juga mendesak supaya undang-undang syariah negeri selangor yang telah sedia ada berkaitan arak atau minuman keras yang membabitkan hanya orang Islam di Selangor di kuat kuasakan secara serius oleh Kerajaan Negeri.

Kita juga bersetuju dengan cadangan yang mahu supaya satu pentakrifan baru terhadap minuman keras di berikan untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhan. Pihak kami akan menyampaikan memorandum berkaitan isu ini kepada pihak Kerajaan Negeri.

Tujuan dan hasrat kita menyatakan perkara ini adalah untuk menjaga kepentingan dan kebaikan orang Melayu Islam dan kita mengharapkan semua pihak dapat memahami dan bekerjasama ke arah tersebut dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan dan tidak menghormati kehendak masyarakat Melayu Islam.



USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Ketua
Dean Pemuda PAS Selangor

DIARI UKJ : MALAM SEBELUM DEMO MANSUH ISA








Gombak Setia-Inisiatif yg diambil UKJGS utk menyemarakkan momentum HIMPUNAN MANSUHKAN ISA adalah antaranya menggerakkan program Tampal Poster ISA di sekitar Dun Gombak Setia. Seramai 7 org UKJGS telah turun membantu menjayakan usaha ini. Turut sama pada mlm tersebut adalah KP DPPG , Ust Syarhan Humaizi. Yg menarik mlm itu...tercetus dari mulut KP, "Dah lama dah tak buat kerja mcm ni"....Wallahu A'lam

Monday, August 3, 2009

PROGRAM SANTAI PEMUDA

Perjalanan yg ringkas pada malam minggu amat seronok sekali, segala perjalanan di sponser penuh oleh pihak MTD gombak setia (UKJ pemuda) yg diketuai oleh ustat manaf,

bertolak perjalanan pada pukul 11.45 pm, bermula dari cheras, bandar seri permaisuri, selepas makan malam bersama-sama kami terus bertolak dan sampai di bagan lalang pada pukul 2.00 am laa.. empat bijik kete.. kete nuar, fad, wan dan kete hafiz.

sampai jerk kat sana.. kami dilepaskan oleh ustat untuk membuat aktiviti bebas, (terus main bola. tak banyak cakap). memamng seronok giler main bola..
hahah! kene tipu, kene ole, kene gelecek dan macam2 lagi.. dan kami rehat seketika untuk menunggu 2nd half.. tiba2 angain bertiup kencang seperti ribut datang menyerang kami... dan kami terasa agak cuak dan gelabah.. yer ar.. takut ribut atau tsunami.. hahah! akan tetapi.. kami di tenteramkan oleh ustat yg kaya dengan pelbagai bacaan Quran.. hahahah!

malam tu kami bakar ayam, dah keyang makan ayam.. ada adakan sedikit perbincangan kecil yg di namakan sebagai usrah.. disana pengisian sepenuhnya oleh ustat manaf, yg berceritakan soal
perubatan Islam. terutama skali pasal jin. hahah! mmg best giler.

pada waktu pagi.. seawal pagi kami solat subuh berjemaah.. di masjid bandar sri permaisuri.. dan mengadakan sedikit ucapan perpisahan dan nasihat ringkas dari ustat Manaf. disana, ustat manaf menerangkan kepentingan pemuda dalam sesebuah perjuangan
dalam Islam. betapa pentingkan dan membazirnya kepentingan anak muda zaman kini.

walaupun program yang ringkas, tetapi ia padat dengan pengisian dalaman kerohanian... kami rasa sangat seronok. seronok giler.. hahah! huru-hara sana sini...

kami dari pihak Legend Club ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MTD Gombak setia, terutama skali UKJ pemuda gombak setia, yg diwakili oleh ustat manaf, harap dengan program seterusnya dan sampai bila2, kita dapat mengumpulkan seramai pemuda yg boleh membantu dalam memperjuangkan dasar2 Islam... Insya Allah...


TakBIrr!!

* Ini adalah catatan perjalanan program yang dicatat oleh peserta sendiri tanpa sebarang tokok tambah @ pengurangan - SU UKJGS



Sumbangan Diperlukan Untuk Bantu Unit Amal Yang Cedera



PULAU PINANG, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1,15 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.

Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya (Ustaz Yusni) untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660. - mns_

Ketua Pemuda PAS Pusat Melawat Anggota Unit Amal Terlibat Kemalangan





Selepas menyertai Himpunan Mansuh ISA, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi telah bergegas ke Hospital Sg. Buloh untuk menziarah 2 orang anggota Unit Amal Pulau Pinang yang dikatakan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.

Ustaz Nasarudin yang diiringi Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa terharu melihat keadaan kedua-dua anggota Unit Amal tersebut.

2 orang anggota Unit Amal tersebut, Abdul Wahab dan Abdul Razak adalah mangsa kemalangan yang didapati parah dalam kemalangan tersebut. Menurut doktor, mereka berdua akan menjalani pembedahan bagi menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman berasa kesal terhadap pemandu bas ekspres terbabit kerana melarikan diri setelah mendapati bas yang dipandunya terbalik.