Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Wednesday, March 24, 2010

INFAQ PEMBANGUNAN UNTUK MENYIAPKAN KUIZM

INFAQ PEMBANGUNAN UNTUK MENYIAPKAN

PEJABAT, BILIK KULIAH, ASRAMA, PERPUSTAKAAN DAN SURAU

Erti Firman Allah: “Bandingan orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama satu biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, satu tangkai mengandungi seratus biji. Dan Allah menggandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui

[SURAH AL-BAQARAH : 261]

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)

KUIZM

Alamat:

Lot 2549-3, Lorong Haji Hassan,
Off Jalan Batu Geliga, Taman Melewar,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel:

Dr. Shahbudin Ngah (013-7704285)
Us. Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman (012-3484140)

Sumbangan kepada:

AKADEMI PENDIDIKAN ZULKIFLI MUHAMMAD
14041010074783
(Bank Islam)

جزاكم الله خيرا كثيرا

Tuesday, March 23, 2010

GOMBAK SETIA TUAN RUMAH PROGRAM M.E.S DPPNS

Desa Minang,21/3-Program Merakyat Ekonomi Selangor (M.E.S) Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor baru-baru ini telah diadakan di Desa Minang, Greenwood. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Hasan Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Program anjuran Lajnah Politik & P/Raya DPPNS ini juga memberi tumpuan kepada Operasi Daftar Pemilih Daftar Pengundi Baru. Antara kawasan tumpuan bagi program tersebut ; Tmn Desa Minang, Tmn Greenwood, Tmn Gombak, Tmn Selasih & Tmn Gombak Ria.

Hampir 200 orang petugas Pemuda Gombak & Pemuda PAS Negeri Selangor telah turun menjayakan program ini. Walaupun program ini tidak mendapat kerjasama yang baik daripada Pihak Polis Gombak, akan tetapi seperti yang diketahui, setiap penganjuran PAS akan bermula & berakhir dengan baik & lancar.










Sunday, March 21, 2010

SMART MUSLIM 1 ; MELAHIRKAN REMAJA ISLAM CEMERLANG


Taman Samudra,20/3-Atas kerjasama yg telah diberikan oleh Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia & Surau Al-Ikhwan, UKJ Gombak Setia telah menganjurkan satu program baru penjenamaan semula daripada program-program Smart Solat yg telah dianjurkan UKJ sebelum ini.

Program ini dikira amat berjaya apabila telah berjaya mendapatkan penyertaan daripada remaja & belia, lelaki & perempuan berumur 13tahun-18tahun mencecah 110 orang peserta. Pada awal penganjuran, urusetia menganggarkan target peserta sekitar 100 orang peserta. Sambutan daripada para peserta mendorong UKJ Gombak Setia untuk memantapkan lagi penganjuran program Smart Muslim ini di masa depan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Hasan Ali, ADUN Gombak Setia manakala penutupannya pula telah dirasmikan oleh Ust Syarhan Humaizi, Pegawai Penyelaras Masjid & Surau Daerah Gombak

Antara slot di dalam program adalah; Sesi Motivasi Ibubapa & Peserta bersama ADUN Gombak Setia, Dato' Dr Hasan Ali, Sesi Ta'aruf & Ice Breaking Peserta, Sesi Ceramah 1 & 2 ; Tajuk: Man Ana? & Akhlak Remaja Islam, Sesi Latihan Dalam Kumpulan & Slot Istimewa-BBQ Berlada.
Program ini Insya Allah akan diteruskan sehingga mencapai target sekurang-sekurangnya 4 siri dalam 1 tahun penganjurannya.

Pengarah Program
Ust Muhammad bin Ali

KOLEKSI GAMBAR PENGANJURAN SMART MUSLIM SIRI 1

SESI PENDAFTARAN

MAJLIS PERASMIAN & SLOT MOTIVASI IBUBAPA & PESERTA OLEH ADUN GOMBAK SETIA, DATO' DR HASAN ALI


SESI TA'ARUF & ICE BREAKING



SESI CERAMAH 1 & 2 ; MAN ANA? (SIAPA AKU?) & AKHLAK REMAJA ISLAM



SESI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)




ATURCARA ISTIMEWA - BBQ BERLADA