Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Friday, January 29, 2010

Insiden Kepala Babi : Kerajaan Bertanggungjawab


Pemuda PAS Kutuk Tindakan Hina Masjid, Kerajaan Bertanggungjawab.


Dewan Pemuda PAS Gombak kesal atas tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup menghina rumah Allah dengan meletakkan kepala babi di situ.

Pemuda PAS Gombak yakin ia adalah tindakan terkutuk bagi memanipulasi isu kalimah Allah sehingga tergamak melakukan tindakan keji menghina tempat ibadah di dua masjid di Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Ia adalah rentetan kelemahan kerajaan menangani isu kalimah Allah yang semakin hangat selepas keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian.

Justeru, Pemuda PAS Gombak menggesa kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak untuk menangani isu ini dengan lebih bijaksana.

Tindakan-tindakan ”double standard” kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN menampakkan kesan negatif yang bermula daripada insiden mambakar gereja, seterusnya membakar surau dan kini meletakkan kepada babi di masjid.

Jika kerajaan Umno/BN masih dengan sikap sebegini, Pemuda PAS Gombak yakin akan banyak lagi insiden-insiden buruk di luar jangkaan akan berlaku di seluruh negara.

Sehingga ke hari ini, sudah lebih 10 rumah ibadat yang termasuk surau, masjid dan gereja telah menjadi sasaran tindakan-tindakan provokatif pihak akibat ketidakpandaian kerajaan menangani isu ini secara bijaksana.

Justeru, Pemuda PAS Gombak menggesa kerajaan Umno/BN mencontohi tindakan yang diambil oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang menangani isu ini dengan jalan muzakarah dan perbincangan.

Ust Syarhan Humaizi
Ketua Dewan Pemuda Pas
Kawasan Gombak

Tuesday, January 19, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Majlis Taklimat & Penyerahan Watikah Mus'ab Umair UKJGS

Tmn Gombak-Memandang serius usaha DPPG menggerakkan Projek 1C5P, UKJGS mengambil inisiatif mengadakan satu program Taklimat & Penyerahan Watikah Mus'ab Umair bagi wakil-wakil cawangan di Dun Gombak Setia.
Pgrm yang telah dirancang sekian lama ini, Alhamdulillah dapat juga dilaksanakan selepas penangguhan dibuat bagi pgrm ini pada bulan sebelumnya. Antara objektif penganjuran ini diadakan, adalah untuk membangkitkan semangat ahli UKJ yang telah dilantik sebagai Mus'ab Umair untuk menjayakan projek 1C5P ini disamping untuk memberi penerangan & maklumat dgn jelas tentang projek ini.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Sdr Damanhuri Dol, Setiausaha DPPG. Beliau telah membentangkan kertas kerja bagi Projek 1C5P pada malam tersebut. Turut diadakan adalah sesi dialog antara ahli -ahli UKJ , lantikan Mus'ab Umair dengan wakil DPPG.
Turut hadir pada malam itu adalah Sdr Khairul Fahmi Mat Som,selaku Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor yang juga menyampaikan watikah-watikah lantikan Mus'ab Umair bagi UKJGS.

GAMBAR-GAMBAR PENYAMPAIAN WATIKAH MUS'AB UMAIR

Penyampaian Watikah kepada Ust Ahmad Termizi (wakil Cawangan Gombak Utara)
Penyampaian kepada Sdr Mustakhim, mewakili cawangan Pinggiran Batu Caves 2

Sdr Anhar Adzfar (wakil cawangan Tmn Selasih F2)
Sdr Ali Khalid, mewakili Mus'ab Umair Kg Changkat yg tidak hadir
Serahan watikah kepada Sdr Hisham,Mus'ab Umair cawangan Pinggiran Batu Caves F2
Sdr Zamri Ismail,wakil cawangan Pinggiran Batu Caves F2
Ust Halim,Bendahari UKJ juga Mus'ab Umair cawangan Tmn Selasih F1
Serahan watikah kepada wakil cawangan Sri Gombak F5, Sdr Azmi Mohd
mewakili pemuda cawangan Tmn Gombak, Sdr Faizal
Mus'ab Umair cawangan Tmn Gombak Ria, Sdr Fakhzan
Ust Muhammad , Mus'ab Umair bagi cawangan Tmn Samudra
Ust Mohd Noor, Ketua UKJGS yg juga Mus'ab Umair bg cawangan Sg Chinchin

Monday, January 4, 2010

KEMPEN "JOM SERTAI PAS" SIRI 2

Taman Greenwood-UKJ Gombak Setia & DPPG telah membuka kaunter Kempen "Jom Sertai PAS" di Pasar Pagi Greenwood pada hari Ahad yang lalu.

KP DPPG, Ust Syarhan turut turun berkempen bersama sahabat-sahabat UKJGS
Kaunter Kempen "Jom Sertai Pas" ini adalah siri ke-2 dijalankan sejak pelancaran Kempen Keahlian Pemuda PAS Gombak yang mana program sedikit sebanyak telah berjaya menarik minat ramai pengunjung mengunjungi kaunter ini. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti ; Pendaftaran Keahlian Pas, Semakan Keahlian Pas, Daftar Pemilih Baru, Semakan Daftar Pemilih & juga menyediakan kaunter pertanyaan untuk sebarang persoalan yang berkaitan dengan kempen ini.
Antara persoalan yang kerap ditanyakan adalah mengenai cara untuk menukar tempat mengundi ke tempat mengundi yang baru. Alhamdulillah dengan penyertaan lebih ramai sahabat UKJGS, kempen siri ke-2 ini dilihat lebih berjaya berbanding kempen siri pertama sebelum ini.

KOLEKSI-KOLEKSI GAMBAR KEMPEN "JOM SERTAI PAS" SIRI KE-2


Sunday, January 3, 2010

UKJGS GOTONG-ROYONG BANTU PERSIAPAN PASTI DEWAN GS

Pinggiran Batu Caves-Mengambil berat tentang saranan DPPG agar UKJ Dun dapat membantu sebarang persiapan Pasti Dewan bagi sesi 2010, UKJGS telah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong persiapan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Dewan pada hari Sabtu baru-baru ini. Gotong-royong ini melibatkan beberapa Pasti Dewan ; Pasti Al-Hikmah,Sg Chinchin & Pasti Ehsan 1 & 2, Pinggiran Batu Caves.

Ketua UKJGS, Ust Mohd Noor turut turun membantu walau membawa bersama anak-anaknya


Ust Syarhan bersama turun bergotong-royong pada pg tersebut

Turut hadir, Sdr Azizul (Setiausaha Jabatan Pasti Dewan)

KOLEKSI-KOLEKSI GAMBAR GOTONG-ROYONG 03/01/2010