Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Tuesday, November 24, 2009

Usrah UKJ & Lawatan Lajnah Tarbiyah DPPG

Taman Samudra,23/11 - Sesi usrah mingguan UKJGS semalam berlangsung seperti sediakala seperti usrah-usrah yang sebelum ini, sebelum ahli-ahli usrah dikejutkan dengan kehadiran rombongan dari Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak. Rombongan ini diketuai oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPG, Ustaz Termizi Md Din dan disertai bersama Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi dan Timbalan Ketua DPPG, Saudara Azizul Abu Bakar.

Lawatan Lajnah Tarbiyyah ke usrah UKJGS yang kali ini yang diadakan di Rumah Ust Muhammad Ali,diteruskan dengan agenda Lajnah Tarbiyah sebelum diteruskan semula oleh agenda usrah UKJ. Pada kunjungan ini, Ust Syarhan telah menekan beberapa perkara penting kepada ahli-ahli usrah UKJGS ; antaranya penekanan tentang sudut pentarbiyyah & pemerkasaan ahli terutamanya menerusi usrah-usrah mingguan UKJ & juga usrah gabungan pemuda gombak. Ust Syarhan juga menggesa UKJGS agar menyahut seruan DPPG dalam menjayakan projek Mus’ab Umair & 1C5P.

Rombongan DPPG & Lajnah Tarbiyah kemudiannya diraikan dengan sedikit juadah yang telah disediakan oleh tuan rumah dihujung usrah tersebut.

UKJGS ANJUR KEMPEN "JOM SERTAI PAS"

Greenwood-Menyahut seruan & gesaan DPPG agar UKJ Dun memperkasakan & memberi fokus yang penting terhadap pengkaderan ahli-ahli pemuda baru, UKJGS telah menganjurkan kempen "Jom Sertai PAS" bertempat di Tapak Pasar Pagi Greenwood pada hari Ahad yang lalu. Kempen ini dijalankan sebagai qada' (ganti) atas cadangan program kempen yang sepatutnya dijalankan minggu sebelumnya & juga mengisi kekosongan hari minggu yang tiada program lain. Atas usaha ini, sambutan yang diberikan oleh para pengunjung pasar pagi tersebut amat menggalakkan terutama dari kalangan pemuda.
Booth UKJGS dikunjungi mereka yang ingin mendaftar keahlian PAS, mendaftar Pengundi baru, menyemak keahlian PAS & juga daftar pemilih. Walau tenaga UKJ yang turun tidak seperti yang sepatutnya, akan tetapi sambutan yang diberi sekurang-kurangnya menaikkan semangat & kesungguhan kami para petugas pada pagi tersebut. Insya Allah usaha ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Thursday, November 19, 2009

KEMPEN "JOM SERTAI PAS"


UKJGS akan mengadakan Kempen "Jom Sertai PAS" seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 22 November 2009 / 5 Zulhijjah 1430

Masa : 8.00pagi

Tempat : Pasar Pagi Greenwood

Semua UKJGS & juga Pemuda PAS Gombak diminta turun membantu menjayakan kempen ini

Siri Pengisian Harakiah-Usrah (Siri 1)


USRAH & MATLAMATNYA

  1. Meningkatkan kefahaman anggota-anggota & menentukan sikap Islam terhadap sesuatu masalah

  1. Menambahkan penghayatan & menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap Islam

  1. Membina satu generasi anggota yang mengenali Islam sebagai “Din wa Daulah”

  1. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiyyah di dalam kehidupan

  1. Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah s.w.t dan Rasul-Nya

  1. Membina generasi Islam yang sedar & insaf akan cabaran & godaan yang berbagai

  1. Menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Qur’an & As-Sunnah

  1. Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah s.w.t

  1. Menggiatkan & menyelaraskan usaha mempelajari & memahami Islam

  1. Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk Islam

  1. Memelihara organisasi dari dimasuki pemikiran yang keliru

  1. Memperkukuhkan perasaan bersaudara & memupuk semangat bertindak secara berjamaah

Wednesday, November 4, 2009

JAMBORI AMAL MALAYSIA KALI KE-17

Sg Besar-Jambori AMAL Malaysia kali ke-17 kali ini dengan Selangor sebagai tuan rumah menyambut seluruh ahli Jabatan AMAL Malaysia dari seluruh Malaysia. UKJ Gombak Setia turut melibatkan diri dengan mendaftarkan seramai mungkin ahli UKJ / ahli Jabatan AMAL untuk menyertai program ini.
Sebelum program, UKJ Gombak Setia berjaya mendaftarkan seramai 11orang ahli untuk turun ke program (antara pendaftaran yang paling ramai dibandingkan dengan UKJ Dun HK & BC). Pada waktu bertolak, beberapa peserta telah menarik diri & hanya tinggal 7 orang ahli yang bagi komitmen untuk program.
Antara perkara menarik dari Jambori AMAL ini ialah ; Penaiktarafan Unit AMAL (sejak 1991) kepada Jabatan AMAL Malaysia, Mewujudkan Unit Briged AMAL (17thn ke bawah) & Unit Kadet AMAL (12thn ke bawah)
Berbagai aktiviti / pertandingan dianjurkan antaranya ; Ops Penyelamat, Gotong-Royong, Friendly Futsal & Badminton (bersama penduduk kampung), AMAL Race, Merentas Halangan, Masakan Survivor, Tarik Tali, Rumah Kontijen Negeri Terbaik
Alhamdulillah, dari Jambori ini banyak perkara & pengalaman baru dapat ditimba dalam memperkukuhkan jatidiri seorang ahli Jabatan AMAL Malaysia...
Allahu Akbar!!!

Eratkan Ukhuwah, Tekadkan Gerakkerja, Ikhlaskan Perjuangan

SU UKJGS

Petugas AMAL bergambar bersama Mudir Maahad Darul Qur'an
Kontijen Pemuda Gombak
Pasukan Kawad Kaki Terbaik Jambori-Kontijen Kelantan
Mendengar Ucapan Penutup Oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
Ucapan Perasmian Penutup Jambori Oleh Presiden