Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Tuesday, October 27, 2009

UNIT AMAL MALAYSIA-PENAMPILAN BARU

Logo Unit AMAL Malaysia yang baru

Sdr Johari (Ketua Unit AMAL Malaysia, Dewan Pemuda PAS Pusat, 2009-2011)




Sunday, October 25, 2009

Kenytaan Rasmi Presiden PAS


abdu hadi

“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Saturday, October 24, 2009

KOLEKSI GAMBAR FUTSAL INTER UKJ 09 (1)











KEPUTUSAN FUTSAL INTER UKJ DUN 09

Assalamualaikum wrth wbth

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.

Perlawanan Futsal Persahabatan antara UKJ DUN Gombak pada pagi tadi, yang berlangsung di Ampang Sport Planet telah berjalan dengan lancar. Perlawanan dimulakan dengan Majlis Perasmian & taklimat ringkas mengenai perlawanan oleh Ketua DACS DPPG. Perlawanan pertama dimulakan pada pukul 10.30 pagi di antara UKJ Batu Caves menentang UKJ Ulu Kelang. Perlawanan tamat pada pukul 12.30 tengah hari iaitu perlawanan final diantara UKJ Ulu Kelang menentang UKJ Gombak Setia.Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Gombak, ust Syarhan Humaizi. Semua pemain menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tidak ada kecederaan yang serius berlaku kepada pemain kecuali apa yang menimpa Ketua Penerangan Pemuda PAS Gombak, Saudara Afyan Mat Rawi. Beliau adalah penjaga gol bagi pasukan DPPG iaitu terdiri dikalangan para exco DPPG. Kecederaan menimpa jari tangan beliau sehingga beliau terpaksa keluar padang dan tidak dapat meneruskan permainan. Beliau telah menunjukkan ketokohan selaku penjaga gol terbaik perlawanan iaitu sanggup mengorbankan jari beliau semata-mata mahu menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.
Tidak lupa juga kepada semua pemain daripada setiap DUN telah menunjukkan skil kemahiran yang tinggi dalam permain futsal ini. Tahniah kepada kapten setiap pasukan, Muhaimin UKJ GS, Fairuz UKJ BC, Afif UKJ HK dan Ust Syarhan DPPG kerana telah mengemudi pasukan masing-masing hingga dapat menamatkan perlawanan sehingga ke akhir, walaupun ada yang minta untuk undur diri kerana dah tak larat dah. Itulah main setahun sekali.
Berikut adalah keputusan perlawanan.
JOHAN : UKJ Ulu Kelang
NAIB JOHAN : UKJ Gombak Setia
KETIGA : UKJ Batu Caves
KEEMPAT : DPPG
Tahniah diucapkan kepada pasukan UKJ Ulu Kelang kerana telah memenangi Futsal Friendly Match Inter UKJ Gombak pada kali ini. UKJ Ulu Kelang telah merampas takhta JOHAN daripada UKJ Batu Caves yang merupakan Johan menunggu setelah mereka menjadi Johan pada kejohan sebelum ini yang berlangsung di padang Futsal UIAM.Insya Allah pada masa-masa akan datang pihak DACS DPPG akan merancang lagi siri-siri perlawanan persahabatan antara UKJ DUN Gombak. Mungkin main permainan lain pula dan dari segi kekerapan mungkin sebulan sekali, tengok pada masa free kita.Terima kasih sekali lagi kepada semua yang main.

Takbirrrrrrrrrrrrrr rrrrr!

AQAL YANG CERDAS DATANG DARI TUBUH YANG SIHAT

Yang Berkhidmat,
MUHAMMAD FADZLI BIN ABU BAKAR
Pengarah Program,
Ketua DACS DPPG

Diari UKJGS-Rumah Terbuka UKJGS


Bacaan doa selamat & doa makan oleh Ust Salehhuddin

Amin....
Amin...
Antara juadah & makanan yang disediakan
Ust Sallehhuddin mencuba sate yang dibawa
Beratur menunggu giliran mengambil makanan


round kedua...
muka-muka sahabat UKJGS ceria selepas semua kekenyangan

Baru-baru ini UKJGS sempat mengadakan majlis jamuan raya sempena Syawal 1430H.Majlis secara sederhana ini telah diadakan dirumah Abg Fahmi sewaktu time usrah.Antara yang turut hadir adalah Ust Salehhuddin Nasir,YDP Pas Kawasan

Friday, October 23, 2009

Diari UKJGS-Jamuan Raya Sahabat UKJGS

Sdr Che Saiful (tuan rumah) bersama Sdr Taufik

Antara sahabat UKJGS yang turut hadir

Ust Halim dengan sup gear boxnya

Antara para tetamu yang turut hadir (1)

Antara para tetamu yang turut hadir (2)

Turut hadir sahabat UKJBC

FUTSAL INTER UKJ DUN

Assalamu'alaikum

Makluman :

Lajnah DACS DPPG akan menganjurkan satu kejohanan Futsal Inter UKJ Dun. Maklumat adalah seperti di bawah ;

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 10.00 pg - 12.30tgh
Tempat : Ampang Sport Planet, Ampang

Sahabat UKJGS yang berkelapangan diharap dapat turun bermain bersama team UKJGS yang lain untuk membuktikan kehebatan & kekuatan kita...berbanding UKJ Dun yang lain...
Untuk pendaftaran ; sila hubungi @ sms Sdr Fadzli (016-2259002)

"Majulah Sukan Untuk ISLAM"

Tuesday, October 20, 2009

Walimatul Urus Sahabat UKJGS

MAKLUMAN :
Majlis Walimatul Urus Ust Hirman Mukhtar bersama pasangannya

Majlis Kesyukuran sebelah pihak perempuan
Tarikh ; 24 / 1o / 2009 bersamaan 5 Zulkaedah 1430
Tempat : Rantau Panjang, Kelantan
Hari : Sabtu

Akad nikah akan dijalankan pada jam 2ptg di Masjid Cina, Rantau Panjang

Majlis Kesyukuran sebelah pihak lelaki
Tarikh ; 5 / 12 / 09 bersamaan 18 Zulhijjah 1430
Tempat ; Subang
* akan dimaklumkan kemudian melalui email / sms / blog


(berbaju hijau)

Dirgarhayu ke-19 Pemerintahan Nik Aziz

Catatan Sempena 19 Tahun Tok Guru Jadi MB

SYAHADAN bila saya memaklumkan dalam FB bahawa esok 21 Oktober genaplah 19 tahun Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan ramai kawan FB yang mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Tok Guru kerana berjaya mentadbir Kelantan selama 19 tahun dan dalam tempoh itu berjaya pula melepas onak dan duri yang menghalang. Ramai yang berdoa agar Tok Guru sihat dan diberikan kekuatan oleh Allah s.a.w. untuk terus memimpin Kelantan Darul Naim.

Ada juga yang merasa sedih dan sayu kalau tiba-tiba Tok Guru sudah tidak menjadi MB lagi. Dalam pada itu ada juga yang menyata kebimbangan mengenai nasib Pas Kelantan selepas Tok Guru tidak ada lagi. Bagi mereka ini melihat roh dan kekuatan Pas sehingga berjaya memerintah Kelantan masuk penggal ke empat kerana keberkatan dan keromah Tok Guru.

Saya rasa semua orang memahami semua kata-kata ataupun ulasan berkenaan. Ulasan itu adalah mewakili kita secara individu. Tiap orang yang merasa kagum, hormat dan kasih dan menghayati keistimewaan Tok Guru akan merasai perasaan demikian. Bahkan perasaan berbagai-bagai lagi yang tidak terucap. Ini semua menunjukkan sayang dan kasih melimpahnya kepada beliau.

Seolah kita tidak sanggup dan sangat bimbang untuk melihat sesuatu yang buruk berlaku. Begitulah penerimaan umum ke atas seseorang pemimpin yang warak, baik dan tawaduk seperti Tok Guru. Sebab itu bukan saja orang Melayu Kelantan, Melayu luar juga mengasihi Tok Guru. Bukan itu saja orang Cina, India dan bangsa lain juga menyanjunginya. Tidak keterlaluan kalau dinyatakan kesemarakan sokongan umum kepada Pas sedikit sebanyak kerana mereka teruja dan terpesona dengan siasah Tok Guru.

Semua itu kerana kemuliaan Tok Guru. Kerana pendekatan dan kecaknaan kepada rakyat. Kerana pengorbanan dan cara hidupnya yang ringkas dan sangat merendah diri. Lihatlah Tok Guru dalam ketinggian mahkota hidup dan pujian itu beliau tetap juga berlembut, dan kadang kala masih mengakui kesilapan yang dilakukannya. Ada kalanya beliau seperti takut dengan segala pujian yang merupakan ujian Allah ke atasnya.

Justeru bagi orang yang menyanyanginya tidak ada cenderamata lain lagi untuk dihadiahkan kepadanya sebagai menyatakan terima kasih. Kerana budi, jasa yang dilakukan tidak terbalas dan tidak ada nilai untuk membalasnya.

www.mso.blogspo.com

Happy birthday Tuan Guru

credit to Perisik Rakyat for da picture

Tuan Guru menangis keesak-esakkan tatkala membaca surah Al - Waqi'ah di saat mengimami solat Subuh pada bulan Ramadhan yang lepas. Ketika itu, buat pertama kalinya aku menjadi makmum di antara ribuan jemaah yang ada juga tetamu istimewa di Masjid Rusila.

Suara Tuan Guru syahdu memecah kesunyian pagi. Tangisan yang mula diterbitkannya di rakaat pertama dan berkesudahan pada rakaat ke dua benar-benar menginsafkan jiwa. Alunan bacaan yang dituturkan lembut dan mudah dihayati oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Tuan Guru faham benar akan makna disebalik ayat yang dibacakan.

Sungguh tidak tahan di ketika itu. Peritnya hati mau sahaja menitiskan air mata. Batapa qalbuku di saat itu di pukul oleh gegendang keinsafan. Aku takut.

Hari ini melihat wajah Tuan Guru seoalah - olah seakan sama seperti mendengar suara Tuan Guru. Di mana - mana sahaja melihat rautan wajahnya seolah tergambar akan keperitan yang ditanggung olehnya. Ya, keperitan hasil daripada bahana gelombang mehnah dan tribulasi perjuangan yang diceburi sekian lama.

Kepada Tuan Guru, selamat hari lahir ke-62 diucapkan. Biar sukar untuk dikenali, saya berbangga kerana memiliki seorang pemimpin yang hebat di pentas perjuangan yang suci. Hebat menitipkan roh kerohanian dan bersungguh - sungguh tanpa jemu membawa umat ke jalan yang benar demi keredhaanNya.

Betapa payah perjuangan Tuan Guru selama ini, pasti akan ada hikmahnya. ALlah saja yang mampu untuk membalasi.

Happy birthday to Tuan Guru and God bless you and your family. I pray for your safety, good health and for your continued crusade/contribution to enlighten all Malaysians in their desire a truly free Malaysia

WHERE EVER YOU ARE, MY HEART WITH YOU.

www.nikhafizul.blogspot.com

Selamat Ulangtahun ke 62

1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.


Antaranya :-


a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt .

Monday, October 12, 2009

Jemputan Ke Walimatul Urus Fakhzan & Nisa'

Salam
Jemputan ke Majlis Kesyukuran Pernikahan Sdr Fakhzan & Nisa' pada ;

Majlis Pernikahan (sebelah perempuan)
Hari Sabtu, 17 Oktober 09, bersamaan 28 Syawal 1430H, beralamat di ; No 27, Jln Selasih 11, Tmn Kemas , 81200, Johor Bharu. Aturcara majlis : 11.00pg-6.00ptg

Majlis Pernikahan (sebelah lelaki)
Hari Ahad, 29 November 09, bersamaan 12 Zulhijjah 1430H, beralamat di ; L13, Kg Parit Othman, 83500, Parit Sulong, Batu Pahat. Aturcara majlis : 11.00pg-5.00ptg

Sdr Fakhzan Mohamad Jaya (yang berbaju biru muda)