Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Thursday, May 14, 2009

Dua nama dicalon untuk jawatan Ketua Pemuda Pas

KUALA LUMPUR, 14 Mei - 10 daripada 14 negeri telah mencalonkan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi bertanding kerusi Ketua Pemuda Pas setelah kerusi tersebut ditinggalkan oleh penyandangnya, Salahuddin Ayub.


Nasrudin yang juga mantan Ketua Dewan Pemuda Pahang mendapat pencalonan terbanyak untuk menjawat jawatan ketua dewan tersebut dalam muktamar, awal bulan depan.


Nasrudin telah mendapat pencalonan dari negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pahang, Selangor, Terengganu, Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Perak, sementara Kelantan telah mencalonkan Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri itu, Mohamad Zaki Ibrahim, yang juga merupakan Adun Kelaboran dan Timbalan Speaker Dun Kelantan.


Manakala tiga lagi negeri yang, yang masih belum lagi mengumumkan pencalonan mereka ialah Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan. Dua orang tokoh ini dilihat mampu menggantikan penyandang jawatan tersebut memandangkan kelebihan yang ada pada kedua-duanya.


Walaupun media menggembar-gemburkan kononnya wujud pertembungan "kumpulan Erdogan" dan aliran pro-muqabalah yang hangat diperkatakan, namun itu cuma taktik media melariskan bagi berita mereka.
Namun ini bukanlah perkara yang pelik memandangkan muktamar kali ini merupakan muktamar pemilihan, tetapi pemuda tetap akan melaksanakan agenda muktamar dengan penuh amanah dan kebertanggungjawaban.

TAHNIAH KEPADA ORGANISASI DPPNS YANG BARU

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengalami transformasi besar apabila beberapa jawatan utama dalam dewan tersebut bertukar pimpinan pada Muktamar DPPN Selangor kali ke-43, Ahad lepas.

Muktamar pemilihan ini menyaksikan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi melepaskan jawatan tersebut lantaran melepasi had umur. Manakala Ustaz Kamal Ashaari pula tidak mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Ketua.


Muktamar yang diadakan di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor itu memilih Ustaz Hasbullah Ridhwan, mantan Ketua Pemuda PAS Gombak sebagai Ketua DPPNS yang baru. Pemilihan jawatan utama DPPNS bagi muktamar kali ini dimaklumkan dilakukan secara syura.


Manakala Ahmad Zaidy Abd Mutalib yang menjawat jawatan Bendahari bagi sesi lalu dipilih sebagai Timbalan Ketua DPPNS. Bagi jawatan Naib Ketua pula disandang oleh Mohd Sany Hamzan setelah penyandangnya Ustaz Hasbullah Ridzuan yang dilantik sebagai Ketua DPPNS.


Seramai 10 dari 19 orang calon yang menawarkan diri dalam pencalonan jawatan Ahli Jawatankuasa telah dipilih bagi sesi 2009-2011 ini. Pemilihan jawatankuasa kali ini dilihat menampilkan gabungan pimpinan lama dan baru.


Mereka yang dipilih perwakilan ialah Sayuti Basiron, Ustaz Zubir Embong, Ustaz Haidar Taslin, Ustaz Zulkifli Ahmad, Ustaz Mohd Faudzan Mazlan, Azri Mohd Arish, Ustaz Azrul Hakim, Khairuddin Othman, Zahriezan Jamaluddin dan Muhd Azizi Abd Rahim.


Muktamar yang dirasmikan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Haji Mahfuz Omar itu di pengerusikan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Jamuliddin Elias dan Ustaz Ramli Sidom setelah menang tanpa bertanding.


Jawatan Pemeriksa Kira-kira 1 dan 2 yang juga menang tanpa bertanding masih kekal kepada penyandangnya, Azeman Mohd Yunos dan Mohd Diah Baharum.

Friday, May 8, 2009


CERAMAH UMUM DUN PERAK

PENCERAMAH :
  • YB DATO' MAHFUZ OMAR
  • YB DATO' SERI IR NIZAR JAMALUDDIN
  • YB V.SIVAKUMAR
  • SDR HANIFA MAIDIN
  • US MISBAHUL MUNIR MASDUKI
TARIKH : 11 MEI 2009 / 16 JAMADIL AWAL 1430
HARI : ISNIN MASA : 9.30 MLM
TEMPAT : MARKAS TARBIYYAH PAS, TMN MELEWAR


FORUM: "PENCABULAN PERLEMBAGAAN"

TARIKH : 9 MEI 2009 / 14 JAMADIL AWAL 1430
HARI : SABTU , MASA : 9.00 MLM
TEMPAT : MARKAS TARBIYYAH PAS, TMN MELEWAR

AHLI PANEL :
YBHG HJ MOHAMAD SABU
- NAIB PRESIDEN PAS -

YBHG HJ MUSTAFA KAMIL AYOB
- NAIB PRESIDEN PKR -

SDR RAGUNATH KESEVAN
-PRESIDEN MAJLIS PEGUAM -

PROF DR ABDUL AZIZ BARI
- PENSYARAH FAKULTI UNDANG-UNDANG UIAM-

MODERATOR
DR ZULKIFLI AHMAD

SEMUA DIJEMPUR HADIR

Friday, May 1, 2009

Kewajipan Menjadi Ansorullah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ 61:14


Firman AllahSWT dalam ayat tersebut menjelaskan bahawa khitab atau perintah Allah SWT agar setiap orang beriman m

enjadi golongan Ansarullah atau pembantu agama Allah SWT. Sepertimana yang telah di tanya oleh Nabi Allah Isa a.s kepada golongan hawariyun “siapakah golongan Ansarullah. Mereka menjawab kami lah pembantu agama Allah”. Justeru ayat ini menunjukkan bahawa semua golongan terutama pemuda yang senantiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada Allah adalah merupakan golongan yang wajib menjadi golongan Ansarullah.

Kepimipinan yang bertukar pada kali ini merupakan penerusan kepada kerja-kerja amal Islami yang telah dilakukan oleh sesi lepas. Maka kepimpinan baru yang dipilih akan memikul amanah besar ini. Sudah semestinya pimpinan yang dipilih bukan yang terbaik dikalangan pemuda semua bahkan amanah ini bukanklah suatu tashrif (kemulian) akan tetapi suatu amanah yang perlu dilaksanakan sepertimana yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW “sesungguhnya ini merupakan amanah dan amanah ini pada hari kiamat jika tidak dilaksanakan ia akan menjadi suatu yang menyeksakan dan suatu penyesalan”.

Saya mewakili kepimpinan baru Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak menyeru dan mengharapkan bahawa semua pemuda, baik Unit Kerja Jemaah (UKJ) di setiap Dun atau Jawatankuasa Pemuda Cawangan dapat memberikan sumbangan yang tidak berbelah bahagi dalam membawa bahtera perjuangan Islam di Gombak ini. Ini kerana kita semua ada peranan dan tanggungjawab.Amanah ini bukan hak milik dan hanya terpikul pada kepimpinanan semata-mata akan tetapi terpundak di bahu semua para pemuda.

Saya berharap kita semua mampu memainkan peranan sebagai Ansarullah dan mampu beristiqamah dalam perjuangan ini. Seorang Sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW sesuatu yang dia menyatakan tidak akan soal orang lain lagi. Rasulullah SAW menjawap “berimanlah kepada Allah kemudian beristiqamah”. Kerja amal Islami sudah tentu memerlukan komitmen semua pemuda dalam melaksanakannya.

Saya juga berharap dengan platform Dewan Pemuda ini, kita mampu mendekati golongan muda, turun di lapangan serta mengambil kesempatan yang ada di ketika ini apabila melihat kecenderungan golongan muda memihak kepada kita. Gunakan peluang yang ada untuk mendekati serta memahamkan mereka tentang dasar perjuangan kita ini. Apatah lagi dilihat kemudahan-kemudahan yang ada dibawah kerajaan Pkatan Rakyat perlulah dimanfaatkan.

Di kesempatan ini juga, saya merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada kepimpinan sesi lepas terutama ketua dan timbalan ketua pemuda iaitu al-Fadhil Ust Hasbullah dan saudara Khairul Fahmi serta semua yang telah memberi tunjuk ajar serta komitmen yang telah diberikan selama ini. Sebenarnya ini merupakan suatu yang sukar dan pahit untuk diterima namun atas sifat bahawa perjuangan ini perlu diteruskan , saya menerima dengan rasa penuh tawaduk dan rendah diri. Saya mengharapkan dan merasa penuh keyakinan bahawa mereka akan terus memberi sumbangan pada Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak.

Begitu juga, saya merakamkan ucapan terima kasih pada semua sahabat-sahabat pemuda yang hadir dalam mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda Pas Gombak kali ini, mudah-mudahan perjuangan kita ini diberkati dan diredhai Allah SWT.

Wallahu A’lam

Ust Syarhan Humaizi Abdul Halim
Ketua
Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak