Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Tuesday, April 28, 2009

Berita Kelahiran 2009

Gombak - Tahniah daripada UKJ Gombak Setia dan pemuda Gombak diucapkan kepada Sdr Ramzul Ikbar Saiful Aula ( gambar ) @ Along ( nama famous dikalangan UKJ Gombak Setia & Pemuda Gombak ) & isteri atas kelahiran cahayamata pertama mereka pagi tadi jam 4.00 pg. Diberitakan cahayamata mereka adalah seorang putera yg insya Allah pada masa depan menambahkan keahlian lagi UKJ Gombak Setia & Pemuda Gombak. Kini mereka berada di Gombak Mediacal Centre, Sri Gombak. Sahabat-sahabat yg berkelapangan boleh melawat mulai jam 9.30pg, Pd sebelah ptg dari jam 3.30ptg-6.30ptg. Pada sesi malam dari jam 8.30mlm-9.30mlm. Sdr Ramzul boleh dihubungi di talian 012-2740084

p/s gambar di atas adalah sewaktu zaman muda & sebelum kahwin beliau

Saturday, April 18, 2009

Program Smart Solat Siri 1, 2009

Gombak Setia- Baru-baru ini UKJ Gombak Setia dengan kerjasama Nisa' Gombak, PKM Adun Gombak Setia & Masjid As-Syakirin telah berjaya menganjurkan program Smart Solat Siri 1 bagi tahun 2009 ini. Program yang dirancang sebanyak 7 siri ini telah diadakan di Masjid As-Syakirin , Gombak Setia. Peserta yang telah mendaftar adalah seramai 135 orang adalah terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan peringkat sekolah menengah.
Program ini adalah lanjutan kepada program Smart Solat yang telah dianjurkan tahun lepas dalam memastikan kesinambungan yang dirancangkan berjalan dengan baiknya. Terima kasih diucapkan kepada semua urusetia , fasilitator, ajk zon-zon di qaryah Masjid Syakirin & juga kepada ajk masjid yang terlibat membantu menjayakan program ini

Antara sebilangan pelajar yang menyertai program ini.

Sesi Ceramah 1 ; Taharah, Wuduk & Tayamum

Slot Ceramah 2 ; Solat

Slot : Pengenalan Nisa' & aktiviti

Sesi LDK - Latihan Dalam Kumpulan bersama Fasilitator

Slot Praktikal Taharah & Wuduk

Slot Praktikal Solat

Antara AJK yang terlibat


Friday, April 17, 2009

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Gombak kali ke 14

Kepada semua AJK, Ketua Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan Ahli Pemuda PAS Kawasan Gombak diminta hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak kali ke 14 sepertimana berikut :

Tarikh : 19 April 2009
Tempat : Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi