Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Thursday, March 26, 2009

Tuan Guru Mursyidul Am Cadang Pemilihan PAS guna kaedah Syura





ImageKOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu bercadang menggunakan kaedah syura bagi pemilihan jawatan dalam parti itu pada Muktamar Tahunan Ke-55 Jun ini.


Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin.

Kaedah syura iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama, berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar tahunan parti itu yang dijangka diadakan pada Jun ini.

"Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Pelantikan Pengarah-pengarah Syarikat Dalam Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Tahun 2009 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, beliau berharap muktamar tahun ini akan dapat diadakan di salah sebuah negeri di mana Pas baru bertapak.

Sumber BERNAMA

Pas benar semua media buat liputan

Pas benar semua media buat liputan


KOTA BHARU: PAS akan membenarkan semua media membuat liputan sepanjang mukmatar agungnya Jun ini walaupun Umno melarang media milik pembangkang membuat liputan semasa persidangan Umno yang sedang berlangsung sekarang, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita tidak akan halang. Kita akan membiarkan media arus perdana membuat liputan Muktamar Agung PAS nanti,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang melarang media pembangkang daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno kali ini.

Nik Aziz menyifatkan sekatan itu sebagai mengelakkan percambahan pemikiran orang ramai. Mengenai penggantungan pengedaran akhbar Harakah milik PAS, beliau berkata pihak pengurusan akhbar itu perlu merayu supaya tindakan itu ditarik balik.

Monday, March 9, 2009

Kuliah Dhuha & Diskusi Kitab

Isnin, 090309 - Kuliah Dhuha & Diskusi Kitab anjuran Pusat Khidmat Komuniti Muda Dun Gombak Setia dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia & Surau Al- Falah telah dapat dijayakan dengan baik walau terdapat beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan. Ust Ridhuan Mohd Noor bersama dengan Ust Noor Hamzah (ADUN Bukit Payung) hadir menyampaikan kuliah pada pagi tersebut. Perbincangan yang diutarakan pada pagi tersebut membuka mata hadirin muslimin & muslimat tentang besarnya isu ini terhadap umat islam. Insya Allah, program Diskusi Kitab ini akan dijadikan program berkala di bawah Pusat Khidmat Komuniti Muda Dun Gombak Setia.