Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Sambutan 15Tahun PAS Kawasan Gombak

Friday, February 27, 2009

Memahami Bahasa Orang Politik





“Saya melihat politik pada masakini telah mengalami perubahan dari feudal ke arah kematangan”, saya terus mencatit butir-butir isi penting yang disebutkan oleh panel yang pertama.

“Dulu, kefahaman masyarakat terhadap politik lebih singular ataupun tunggal, kini masyarakat sudah berpemikiran plural. Maksudnya, lingkaran sempadan itu telah hancur. Ianya bukanlah suatu kerosakan, tapi pembangunan tamadun demokrasi”, sambung ahli panel yang kedua sambil menghuraikan tentang corak pemikiran pelbagai kalangan bangsa Malaysia. Saya cuba menerobos ke lingkaran sempadan tersebut.

“Kita mestilah berfikiran secara critical constructive, bukannya critical destructive dengan berpandukan kepada politik hati nurani dan kematangan. Kita mesti tahu erti mewarisi perjuangan, bukannya mahu mewarisi kepimpinan”, kali ini saya mengukirkan senyuman mendengar hujah-hujah dari ahli panel ketiga apabila beliau menyebut perkataan “politik hati nurani”. Lengkap dengan mewarisi perjuangan lagi. Sangat dalam pengertiannya tu.

“Pembangunan ke arah kematangan”, ulas panelis keempat yang lebih banyak menerangkan mengenai teori pembangunan. Beliau juga mengaitkan politik semasa dengan ajaran Islam dan system yang kita mahu implemenkan. Nadanya tenang. Fikiran saya menghadamnya dengan mudah dan jelas.

Demikianlah persepsi yang diberikan oleh keempat-empat ahli panel jemputan "Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration", apabila moderator program meminta pandangan tentang pemikiran masyarakat terhadap politik.

Rata-ratanya bercakap tentang pembangunan dan memandang positif ke atas perkembangan politik yang sedang berlaku di tanahair masakini. Masyarakat sedang semakin matangkah dengan senario politik semasa?

Saya lebih ternanti-nantikan pendapat dan hujah dari panelis kedua berbanding yang lain memandangkan beliau lebih banyak membentangkan fakta sejarah dan rasional dari sudut akademik. Lebih bercorak realistic dan holistic.

Sukar untuk saya menterjemahkan perkara-perkara yang tersirat di sebalik perbincangan dan pendedahan umum pada forum tersebut. Masih terasa terawang-awangan sehari selepas hadir ke dialog pada malam itu. Cuba mengharmonikan antara pendidikan dan realiti politik, namun tak terdaya rasanya.

Tercari-cari bahasa baru bagi menggantikan bahasa yang digunapakai oleh panelis forum.

Bahasa dakwah untuk meningkatkan kefahaman, bahasa tarbiyyah menghasilkan perubahan, bahasa siasah bahasa berstrategi.

Semoga para mahasiswa yang turun pada malam itu mampu mempertimbangkan hasil perbincangan secara konstruktif. Mudah-mudahan hendaknya…

Monday, February 16, 2009

Usrah Mingguan UKJGS 16/02/09

Isnin, 16/2


Antara ahli UKJ yang hadir

Sesi Pembentangan buku Tasawwur Asasi Gerakan Islam


Aktiviti Outdoor selepas usrah - keluar minum di gerai berhampiran MTD


Riadhah & Futsal UKJ





Ahad, 15/2 - Unit DACS UKJGS telah menganjurkan program riadhah & futsal UKJ baru-baru ini. Ia telah diadakan court futsal terbuka di UIAM mula jam 8pg. Seramai 10 UKJ turun padang pada hari tersebut.





















Thursday, February 12, 2009

CERAMAH PERDANA 15 FEB 2009 DI TAMAN MELEWAR

CERAMAH PERDANA
"HIMPUNAN MENENTANG KEZALIMAN BN"







PENCERAMAH
TUAN GURU DATO' NIK ABD AZIZ NIK MAT
MURSYIDUL AM PAS
MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN

TOKOH PIMPINAN KERAJAAN PERAK

TARIKH : 15 FEB 2009 ( AHAD )
MASA : 9.30 MLM
TEMPAT : MARKAS TARBIYAH PAS
TAMAN MELEWAR

Tuesday, February 10, 2009

PEMUDA GOMBAK GEMPUR PERAK

Ahad, 8/2/09 - Just nak berkongsi sedikit pengalaman & situasi di Perak. Gambar ni diambil pada malam ceramah perdana di Kediaman Rumah MB pada 8/2. Turut hadir memberi ceramah pada malam itu juga ialah, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Y.B Nizar Jamaluddin dan Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.
Sebelum bertolak dari Pejabat Kawasan Gombak

Sedang berbincang strategi melepasi road-block Polis @ FRU


Sebilangan muslimin / muslimat yang hadir

Mengaminkan doa yang dibaca oleh Tuan Presiden PAS

Pemuda Gombak









Monday, February 9, 2009

Jaulah Pemuda Rapatkan Ukhuwah

Jaulah. Itulah kalimah yang muncul pada bengkel pelan tindakan Dewan Pemuda PAS baru-baru ini. Mungkin ada yang kali pertama mendengar kalimah tersebut, bagi mereka yang belajar bahasa arab, sudah memahami dari konteks maknanya.

Apapun, program anjuran lajnah tarbiyah ini telah berjaya mengikat utuh hati-hati dan ukhuwah para pejuang. Program ringkas dimulai dengan solat asar berjemaah ditengah-tengah padang permainan Tasik Titiwangsa 'membuka' mata dan minda para pengunjung Tasik Titiwangsa. Itulah antara tujuan program Jaulah, melorongi persepsi dan minda masyarakat tentang tuntutan ibadah dalam Islam.

Kuliah lima minit atau 'kulim' selepas solat berjemaah ibarat 'charger' yang mengecas semangat waja para pemuda. Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Khairul Fahmi dalam ucapannya menegaskan adalah amat penting program-program pembinaan dan penyatuan fikrah seperti ini dalam gerakerja dakwah dan siasah khususnya para pemuda. Kelangsungan dan kejayaan sesuatu aktiviti yang dijalankan adalah bergantung kepada sejauh mana kekuatan fikrah dan ukhuwah para pemuda. Kehadiran bersama ahli keluarga pada program ini menambahkan lagi semangat ukhuwah sesama ahli.

Oleh itu, program jaulah seperti ini perlulah di laksanakan sekerap yang mungkin dalam usaha pembentukan dan pembinaan amilin yang mempunyai hati yang cintakan ukhuwah fillah.









UKJ bantu persiapan Makan Malam Thn Baru Cina

Sabtu, 070209 - Kelab Penyokong PAS Gombak Setia & Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia telah menganjurkan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan masyarakat Tionghua Gombak Setia. Sebelum itu, UKJ Gombak Setia telah dikerah untuk turun membantu persiapan. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar atas usaha yang diberikan oleh Pemuda UKJ.


Sunday, February 8, 2009

Majlis Aqiqah Cahayamata Baru

7/2/09, Sabtu - Sempena meraikan kesyukuran atas kehadiran ahli baru dalam keluarga Akh Ahmad dan isteri, beliau sekeluarga baru-baru ini telah mengadakan majlis aqiqah untuk puteri mereka. Jemputan terdiri daripada saudara-mara terdekat, jiran-jiran, sahabat - sahabiah dan juga ahli-ahli ukj Gombak Setia.
Cahayamata kedua Al-Akh Ahmad & Isteri ; Puteri Asma'